Friday, June 4, 2021

Tips nak bagi anak-anak tak boring semasa pkp =)

Assalam semua. So pkp 3.0 ni Guy hantar kereta wira dia ke bengkel. Ade lagi satu kereta weoll memang park luar pagar rumah. Kenapa???? 


Sebab nak gunakan space yang ada semaksimum yang mungkin untuk elakkan anak-anak keboringan sepanjang pkp ni.










So ini adalah projek anak-anak bila diorang dah boring sangat terperap dalam rumah, maka diorang pakai kasut buat aktiviti kat kawasan porch tu. Elok jugak ayah dia awal-awal masuk rumah ni memang pasang kipas kat luar. Selesa sangat.








Okey, summary...

1. Parking kereta kat luar.
2. Bersihkan lantai.
3. Boleh guna porch ikut suka hati masing-masing....


Anak-anakku dan bawak keluar semua basikal, kereta mini....tinggal pool je lagi xbuka...sebab mama dia maybe malas lagi nak urus basah-basah ni...one day ye anak-anak...tungguuuuu!!!



deeya_is_me**

Wednesday, June 2, 2021

Pkp 3.0 with kiddos...

Assalam semua. Ya ini adalah pkp bersama kiddo...means daisy extra bizi la sbb nak fokuskan pada banyak perkara. 



Alhamdulillah, pdpr takde buat masa ni, so daisy lebih fokus pada pdpr anak-anak. Sebelum cuti pkp hari tu teacher dia ada bagi play-kit untuk buat aktiviti dekat rumah. Jadi setiap hari daisy akan tunggu info dari teacher apa program hari tersebut, then baru kita buat dengan anak-anak. Kiddo mmg suke la kalau kita bagi perhatian kan. So lepas siap aktiviti, ambil gambar bagi dekat teacher. Tapi sebenarnya memang seronok kadang-kadang ajar budak kecil2 ni. Yela sebab sebelum ni memang ajar budak besar-besar je kan. hihihii



Jadi apa yang bizi sangat tu?? x adala apa sangat, cuma daisy lebih suka offkan gajet-gajet bila bersama kiddo. Laptop ke handset ke....fokus anak-anak...chewahhh😁😁😁 






Guy?.....ya dia pun WFH setakat ini. Kalau ada panggilan baru pergi kerja😆


deeya_is_me**

Sunday, May 23, 2021

Pkp lagi!

Assalam semua..ok kalau korang nak tahu sebenarnya daisy tak berapa bizi sangat sekarang sebabkan PKP ni memang bekerja dari rumah je. Anak-anak semua dah pergi playschool, Guy pergi kerja, so daisy duduk sesorang kat rumah. 



Jadi, pagi-pagi lepas hantar anak-anak g playschool, daisy balik rumah terus sibukkan dengan PDPr, online , offline class. Lepas habis kelas, baru la masak-masak ke, kemas rumah, basuh kain dan sebagainya.



Kalau dulu memang jeles tengok kawan-kawan yang jadi suri rumah, rumah maintain kemas, baju maintain berlipat...Allah kalau time kerja memang tak sempat la nak hadap semua tu. Memang hujung minggu la jawabnya...hahaha bayangkan kain bertimbun.





Asbab pkp ni, dapat la luangkan masa untuk diri sendiri sikit. Dan rumah pun takde la macam tokang pecah...hahah😁



Dalam kesenangan kita, ada jugakla yang kesusahan pada mereka yang berkerja sendiri. Yela time pkp ni memang banyak kekangan untuk berniaga seperti biasa, pelanggan pun berkurang dari kebiasaan, jadi memang akan effect pendapatan. 



Guy pun sama alternate time kerja. So dalam seminggu dia kena datang 3 hari, lagi 2 hari work from home. kadang tu sampai berebut laptop nak pakai😂 lagi-lagi kalau emergency urgent tu kan. haha



Korang macam mana...ok tak melalui hari-hari pkp ni..daisy harap korang semua ok. 


Apa-apa pun, moga covid19 ni cepat-cepat terhapus di dunia ni. Boleh la kita kembalikan kehidupan seperti dulu kala. Amin.



deeya_is_me**

Thursday, May 20, 2021

Flashback - we love u sweet heart

Hi alls....kenapa flashback..sbb dah lama tinggal blog ni...so arini nak cerita la sikit apa story yg dah berlaku back then..5 years kot...so this is vol 1😊

.
.
.

So the story goes like this. Lepas nikah, kahwin dengan Guy, alhamdulillah, tak lama lepas tu Daisy pregnant. Sepanjang pregnant tu adalah sikit2 problem, tapi x serius, baby dalam kandungan semua ok. I mean, time checkup semua kira ok la xde masalah. Daisy dengan Guy mmg happy la counting days nak tunggu delivery. 
.
.
TAPI... Allah nak duga kami
.
.
Hari yang dinantikan pun tiba, so Daisy menunggu masa melayan contraction. Lepas beberapa ketika, Daisy dah dibawa ke Labour Room. Waktu tu mmg syukur sangat sbb Guy dapat temankan kat dalam. Agak2 time solat asar tu, Guy bgtau dia nak keluar g surau sekejap nak solat. So tinggal la Daisy keseorangan melayan contraction yang agak kuat waktu tu. Dalam melayan contraction tu tiba-tiba Daisy dengar ada orang bagi salam...macam kenal suara tu...YA ALLAH...my mother datang😭😭. My mother kebetulan nampak Guy keluar nak g surau tu, so my mother ambil alih pas melawat then masuk labour room....Dalam hati mmg terharu, nak nangis kat mother...sakit.

.
.
.
dalam pukul 6ptg macam tu my mother kata kene balik sbb waktu melawat dah habis lama dah...then nak bagi Guy pulak masuk. Sambung balik layan contraction sampai la betul-betul azan Maghrib habis, doktor dah suruh push. Tak lama keluar la baby boy kesayangan kami. Bayi nampak ok semua, kemudian dibawa pergi utk dibersihkan.
.
.
.
Kehadiran seorang pakar kanak-kanak...
.
.
doktor pakar datang...minta bertenang sbb nak bgtau sesuatu. 
.
.
.
bayi kami ada masalah...
.
.
.
down sindrom plus jantung berlubang...
.
.
.
Guy and i.....kaku, speechless, hilang semua senyuman kami tadi, yang bergerak hanya air mata laju mengalir😭😭😭serius ke sakit anak saya, doktor??
.
.
doktor suruh tgk baby esok, sbb doktor nak further checkup baby...naik wad, Daisy trus wasap my mother...of coz i cried the whole night.
.
.
bila dapat tgk baby boy, Ya Allah, comelnya..dalam hati pedih sbb tau dia sakit sekarang. Ya, dia tidak stabil, dalam masa 22 hari lepas lahir, 2 3 kali jugak dapat panggilan kecemasan dari hospital minta datang segera....sbb BABY NAZAK😭 my mother cakap, Daisy kene ready, Daisy kene redha... Jika itu yang terbaik untuk dia, maka lepaskan dia dengan redha😭.
.
.
.
until one day, Daisy dengan Guy macam biasa g melawat dia dekat hospital. Kami baru je turun dari NICU sbb nak lunch, dapat call dari nicu, Puan...naik sekarang cepat ya.... Segala nasi, air yang baru bayar tadi ditinggalkan...naik je atas...ALLAHU anak mama....
.
.
.
saya nak dukung anak saya boleh doktor...perlahan-lahan Dasiy rasa dia pergi tinggalkan kami....dalam 22 hari, itu kali pertama Daisy dapat dukung dia, dan itu jugalah kali yang terakhir. Daisy usap rambut, kepala, telinga, badan, tangan, perut, pusat, kaki.... ALLAH.....comelnya anak mama...nnt kita jumpa lagi di syurga...ayah mama redha...redha..😭
.
.
.
.
After kebumikan...Daisy sambung pantang rumah mother..mmg kesunyian bila Guy pergi kerja.. Daisy mula jadi diam, xcakap banyak, suka menyendiri, xnak tempat crowded especially family gathering... Trauma kehilangan?...sampai sekarang pun ada.

Alhamdulillah, sokongan dari Guy, family dan kawang-kawan...Daisy boleh bangkit semula.  Allah uji sebab Allah sayang...






deeya_is_me**

MashaAllah...im so happy!

😁😁deeya_is_me**

Assalamualaikum semua.. ya Allah....sekarang tahun 2021 ye tuan2 puan2... see betapa lamanya x masuk dalam web ni. btw Daisy baru jumpa balik blog ni....rasa macam baru balik bangun dari tido yang panjang. 

And i found that my last posting about me getting engaged....with Guy...😝😝

..

..

..


Alhamdulillah.....im with him now...for 5 years and still counting...







with THREE KIDS.....




MashaAllah, tq to Allah permudahkan semua urusan. 


Tuesday, October 29, 2013

my Engagement day

Finally about Guy.. Daisy baru kenal dengan Guy awal tahun ni...actually ada orang yang perkenalkan kami berdua. Setelah kenal agak beberapa bulan, Daisy rasa Guy adalah orang yang Daisy tunggu-tunggu selama ini. Dia sangat memahami Daisy. Dan yang paling Daisy suke tentang Guy, Guy ni ada kualiti macam ayah Daisy. Jadi Daisy rasa sangat selesa. Bulan April aritu Guy ada datang rumah jumpa ma n ayah. My parents mmg berkenan dengan Guy. So, raya aritu Daisy pun melawat ibu bapa Guy pulak...and then dipendekkan cerita...kami bercadang untuk bertunang..

Tarikh yang dipilih ialah 26 Oktober 2013.....




.
.
.
.
.






Sekarang Daisy selamat menjadi tunangan kepada Guy.

Daisy rasa sangat bahagia dengan adanya Guy.

Semoga ikatan ini berkekalan hendaknya...



deeya_is_me**

Tuesday, October 1, 2013

Dugaan~~~~

Assalamualaikum....actually today daisy nak cerite pasal Guy...if you read my previous entry, u
knew what i was talking about...^,~






Tapi daisy terpaksa hold dulu sbb daisy rasa penting nak cerita apa yang jadi pada daisy semalam. Pagi smlm daisy g skola awal dalam pukul 7 sbb ada penyampaian hadiah di perhimpunan. Tengah bersiap tu baru daisy perasan purse daisy xde.....cari punya cari masih x jumpa...try tgk kat kereta pun still xde... so daisy dah rasa gelabah masa tu..

After perhimpunan daisy trus gerak ke tempat taklimat pmr dengan sorang member... hati mmg tak tenang memikirkan purse yang entah ke mana.. balik singgah rumah kejap cari lagi sekali....masih xjumpa... petang tu daisy pergi sekolah..tapi macam jasad je ade...fikiran ntah melayang ke mana cuba nak ingat pasal purse tu...

So, pagi tadi pergila JPN buat ic baru, pergi JPJ buat lesen baru.... Daisy taknak tangguh lagi sbb daisy fikir nnt time pmr kene amik paper dari bilik kebal, jadi pape ic xde, lesen xde...takke naya!!! haha....So after pergi JPN n JPJ nak balik ke kereta baru daisy ternampak something....my PURSE!

Macam tak percaya tapi itu la kenyataannya...padahal semalam bukan main lagi cari purse dalam kete x jumpa....disebabkan dah ade ic lama, daisy trus g bank nak buat kad atm baru... dah ader dua set skrang... mcm tak pecaya....sampai skrang masih x percaya...

So, daisy nasihatkan pada semua readers, tolong jangan cuai dalam melakukan pekerjaan. Kadang2 mmg kita beringat, tapi itula baik mencegah dari berlaku sesuatu yang tak diingini kan...tapi daisy nak amik hikmah dari peristiwa ni, daisy belajar berdikari...yelah, pergi setelkan ic, lesen, bank kad...and sbenarnye daisy belajar banyak dari blog orang lain ttg perkara yang perlu dilakukan apabila purse hilang....thanks...

A big thanks to Guy yg selalu ada membantu daisy di saat kesusahan.. Dia banyak bagi semangat kat daisy dan itu membuatkan daisy bertambah sayang pada dia. Jauh di mata tai dekat di hati... =)


deeya_is_me**

Monday, September 30, 2013

A Guy =)

Bagi entry kali ini, Daisy akan ceritakan kepada semua apa yang berlaku dalam hidup Daisy sepanjang tahun ini... baiklah...semuanya bermula apabila adik Daisy perkenalkan pada Daisy pada seseorang....biar daisy namakan dia Guy.....

Selama hidup daisy sejak dari sekolah...daisy pernah ade kawan lelaki. Tapi takat kawan jela...

So kenal Guy ni sbb kebetulan dia kerja sama tempat dengan adik daisy. Guy start call, the wassap, the berdating... Alhamdulillah..Guy mmg serius dalam hubungan ni. 

Sampai satu hari, tgh makan2, Guy tanya, kalau saya hantar rombongan melamar jadi isteri boleh?😁






Iye boleh.....😁😁😁😁💗💗💘

Next step...kita tunggu apa jadi😄


deeya_is_me**

Sunday, September 29, 2013

Awak memang jahat!

Assalamualaikum semua... ok rasa macam dah lama sangat masa berlalu.. Daisy masih sayangkan blog ni.. Blog ni adalah tempat Daisy meluahkan semua dalam hati.. cuma lately Daisy malas nak tulis dalam ni.. mungkin lepas apa yang berlaku pada Daisy...


Okeyh...im fine really... sekarang masa untuk sesuatu yang baru. Daisy rasa dah sampai masanya untuk Daisy buka lembaran baru dalam hidup Daisy. Kisah yang lalu jangan dikenang. Daisy percaya sesuatu yang berlaku memang ada hikmah disebaliknya. Dan sekarang Daisy dapat rasakan kebahagiaan yang bakal datang dalam hidup Daisy.


Just untuk teaser...Daisy akan update lagi mengenai kisah ini pada waktu akan datang....choww!!









deeya_is_me**

Thursday, July 12, 2012

damaikan hati...

salam...

Ya Allah, jika Kau ciptakan dia untukku,
dekatkanlah hatinya dan hatiku,
sibukkanlah dia dengan mencintai dan merinduiku,

Dan jika dia bukan jodohku,
Kau damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu,
Bukakanlah hatiku untuk menerima orang lain,
Hanya kepadamu aku memohon.

Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.

deeya_is_me**

Saturday, June 9, 2012

jerk!!

he start it......






and he end it....................




should i call it a jerk.............????




jerk..........nampun namja............






deeya_is_me**

Sunday, May 27, 2012

bila Hati Menangis~~

it is because of the following d-day~

i know the answer already.....


sad..........


hurt............


helpless.............


heartbroken.................







deeya_is_me**

Thursday, May 24, 2012

its the d-day!!!!

yes absolutely...after long thinking and reflect, i made a decision that might be humiliate me for the rest of my life... hahahha but i wont regret...i will send a message to A and tell him what am i thinking...i just wanna make sure that everything is clear ehehhheh.....for those who didnt know what im talking or bebeling about might be curious...but dun worry...i just wanna make my head clear for once...huuuuu~~~~


another story...

today, i wanna meet my new niece...D....well, it suit you well with my D-Day,..really want to meet you, hug you, and kiss you and for the rest of my life i want to comfort you....love~~~~




deeya_is_me**

Friday, May 18, 2012

Eremi 'D'

Salam sejahtera semua, harini daisy nak bagitau yang anak saudara daisy dah ada nama... baby girl yang bambam itu diberi nama ND......hehhehe...ada persamaan dengan auntienya yang bermula pangkal D.... ohhhhh ohsemmmm....daisy nak sangat tgk ND sekarang ni, tapi tak mengizinkan plak, takpe nnt cuti auntie datang tgk keyh....hehheh


Tak sangka minggu ni banyak benda berlaku dalam satu hari, peristiwa Hari Guru, ND lahir ke dunia, orang sebelah stat kenal2..heheehhe...=)



deeya_is_me**

Wednesday, May 16, 2012

Hariku Yang Sangat Ohsem

Salam dah Selamat pagi...

Semalam daisy menyambut Hari Guru 16Mei di sekolah...mmg happening habis. Selama ni tak tahu pun apa perasaan seorang guru bila menyambut hari tersebut kat sekolah...selama ni kite jadi pelajar je kan..buat persembahan jer....tapi bila dah sendiri naik pangkat jadi cikgu, mmg terasa keseronokan bila ada hari mcm ni...terasa dihargai oleh pelajar........uhhh ohsem~~~

Dan daisy terharu bila ada pelajar daisy tahun lepas yg stil bagi hadiah walaupun malu2...siap ada surat yg bagi daisy cukup honest.....hehehehe (pelajar lelaki mana main surat2 ni kan...tapi yg bagi ni lelaki..hahha)

Dan pada hari yang sama, Dasiy dapat anak saudara baru...alhamdulillah semuanya baik,  perempuan=D.. Kesimpulannya, semuanya berjalan dengan baik pada hari ini....senyum dari pagi ke malam...=)

Lagi satu hal, ada yang mula mengambil berat akan daisy...maksudnya dari sudut hati....cewahhhh... itukah soulmate yg ditunggu selama ini....daisy harapkan dia tidak berhenti sampai sini saje...jangan penat menunggu!!


deeya_is_me**

Friday, May 11, 2012

Salam, arini ada ladap mengenai ict, tapi malangnya takde benda baru yang boleh dipelajari, sumenya dah dicuba..........hahahahhahah...maka, duduk dengan K.N, K.M melangut tak buat apa....hahahha


saya rasa sangat.....
.
.
..

.
.
.
.
.

.

.
sangat

.
.
.
.
.

.
.

.



deeya_is_me**

Thursday, November 17, 2011

cerita ini~~

maaf kerana lama tak menulis kat sini..Daisy sibuk dengan penyerahan tugas sekarang ni. Maklumla dah nak abis sekolah, so semua benda kene serah pada orang yg berkenaan. Meja daisy baru je siap kemas2 tadi, ada banyak sangat kertas nak recycle ni..kayo2!...Sekarang pun daisy tengah jadi pengawas peperiksaan.. memang tak menyempat la nak kejar sekolah dengan spm ni..tapi duit masuk, tu yg sronok tu..hehe



So, bila petang memang daisy khaskan untuk berehat jer, lenguh kaki berdiri lama time exam tu, tak masuk iring budak g toilet lagi, kalu sorang budak takpe, kalu sampai 8 orang, maka 8 kali berulang-alik...



Alang2 berehat daisy ada tengok satu drama akasia tajuk dia Tengtang Dhia.. sebenarnya ni nama panggilan daisy masa kat sekolah dulu, cume orang eja berlainan. Tapi kenapa dalam blog ni guna nama daisy pulak? Takde alasan, daisy buat blog ni sebab nak story kisah daisy, tapi bukan nak bagi orang tahu siapa daisy...Tentang Dhia jalan cerita best, pelakon best, nama best, takde alasan kenapa daisy tak tengok lagi2 bila nama tu mengingatkan daisy peristiwa time2 sekolah dulu...rindu.




Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantung ku, mula jiwaku
Merelakanku menjadi milikmu
Itu yang ku mahu,itu yang ku mahu cintamu
Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang sunyi
Biarlah aku bermimpi
Kerna dibuai sepi
Dhia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Cuba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai




tak tahu kenapa rasa feeling tgk crite ni, coincidence kot...cerita mcm berkait plak..
it was a long time ago...but i really miss someone who called me with this name..=)















deeya_is_me**

Monday, August 22, 2011

its a war!!

Salam 22ramadan2011. Minggu ni daisy agak lega sikit sebab minggu exam. So, macam ngantuk jer bila jaga budak peksa time2 bulan puasa ni. Asik2 menguap!!


Papepun, berkenaan entry kali ni, yes, its a war. Between me and my senior....its a poke war!!!hahah sampai bile nak habis pun tak tau la. Sebab tu daisy kategorikan sebagai war. Kite main poke sampai orang tu dah tak daya nak poke kite balik. Setakat ni ada dalam 15 kali poke suda...masih bermain sampai arini. Kite tunggu sape yang kalah ok!!


Aritu rasa macam tanak bangun jer bile mimpikan yg seronook2......saya mimpi memimpin tangan seseorang hahaahhaaaa.......=D (kalau la semua fantasi itu menjadi realiti)




deeya_is_me**

Friday, August 19, 2011

in suit~

really love them all..............layankan saja~~




deeya_is_me**

Wednesday, August 17, 2011

Shopping

Sempena cuti Nuzul Quran ni, kak N ajak daisy g jalan Sogo. So, daisy pun stuju jer sbb mmg tak buat apa pun kat rumah. Nak kate ader keje memang ader. Tapi bila lagi nak retreat diri sendiri kan.

Orang punya la ramai, beratur nak bayar pun bukan main lagi hehe. Apapun Daisy sempat rembat 2 pasang kasut kat sana. Hepi.........~

Sempat jugak bayar zakat semasa kat sana. Alhamdulillah=D


deeya_is_me**

Tips nak bagi anak-anak tak boring semasa pkp =)

Assalam semua. So pkp 3.0 ni Guy hantar kereta wira dia ke bengkel. Ade lagi satu kereta weoll memang park luar pagar rumah. Kenapa????  Seb...