Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Thursday, May 20, 2021

Flashback - we love u sweet heart

Hi alls....kenapa flashback..sbb dah lama tinggal blog ni...so arini nak cerita la sikit apa story yg dah berlaku back then..5 years kot...so this is vol 1😊

.
.
.

So the story goes like this. Lepas nikah, kahwin dengan Guy, alhamdulillah, tak lama lepas tu Daisy pregnant. Sepanjang pregnant tu adalah sikit2 problem, tapi x serius, baby dalam kandungan semua ok. I mean, time checkup semua kira ok la xde masalah. Daisy dengan Guy mmg happy la counting days nak tunggu delivery. 
.
.
TAPI... Allah nak duga kami
.
.
Hari yang dinantikan pun tiba, so Daisy menunggu masa melayan contraction. Lepas beberapa ketika, Daisy dah dibawa ke Labour Room. Waktu tu mmg syukur sangat sbb Guy dapat temankan kat dalam. Agak2 time solat asar tu, Guy bgtau dia nak keluar g surau sekejap nak solat. So tinggal la Daisy keseorangan melayan contraction yang agak kuat waktu tu. Dalam melayan contraction tu tiba-tiba Daisy dengar ada orang bagi salam...macam kenal suara tu...YA ALLAH...my mother datang😭😭. My mother kebetulan nampak Guy keluar nak g surau tu, so my mother ambil alih pas melawat then masuk labour room....Dalam hati mmg terharu, nak nangis kat mother...sakit.

.
.
.
dalam pukul 6ptg macam tu my mother kata kene balik sbb waktu melawat dah habis lama dah...then nak bagi Guy pulak masuk. Sambung balik layan contraction sampai la betul-betul azan Maghrib habis, doktor dah suruh push. Tak lama keluar la baby boy kesayangan kami. Bayi nampak ok semua, kemudian dibawa pergi utk dibersihkan.
.
.
.
Kehadiran seorang pakar kanak-kanak...
.
.
doktor pakar datang...minta bertenang sbb nak bgtau sesuatu. 
.
.
.
bayi kami ada masalah...
.
.
.
down sindrom plus jantung berlubang...
.
.
.
Guy and i.....kaku, speechless, hilang semua senyuman kami tadi, yang bergerak hanya air mata laju mengalir😭😭😭serius ke sakit anak saya, doktor??
.
.
doktor suruh tgk baby esok, sbb doktor nak further checkup baby...naik wad, Daisy trus wasap my mother...of coz i cried the whole night.
.
.
bila dapat tgk baby boy, Ya Allah, comelnya..dalam hati pedih sbb tau dia sakit sekarang. Ya, dia tidak stabil, dalam masa 22 hari lepas lahir, 2 3 kali jugak dapat panggilan kecemasan dari hospital minta datang segera....sbb BABY NAZAK😭 my mother cakap, Daisy kene ready, Daisy kene redha... Jika itu yang terbaik untuk dia, maka lepaskan dia dengan redha😭.
.
.
.
until one day, Daisy dengan Guy macam biasa g melawat dia dekat hospital. Kami baru je turun dari NICU sbb nak lunch, dapat call dari nicu, Puan...naik sekarang cepat ya.... Segala nasi, air yang baru bayar tadi ditinggalkan...naik je atas...ALLAHU anak mama....
.
.
.
saya nak dukung anak saya boleh doktor...perlahan-lahan Dasiy rasa dia pergi tinggalkan kami....dalam 22 hari, itu kali pertama Daisy dapat dukung dia, dan itu jugalah kali yang terakhir. Daisy usap rambut, kepala, telinga, badan, tangan, perut, pusat, kaki.... ALLAH.....comelnya anak mama...nnt kita jumpa lagi di syurga...ayah mama redha...redha..😭
.
.
.
.
After kebumikan...Daisy sambung pantang rumah mother..mmg kesunyian bila Guy pergi kerja.. Daisy mula jadi diam, xcakap banyak, suka menyendiri, xnak tempat crowded especially family gathering... Trauma kehilangan?...sampai sekarang pun ada.

Alhamdulillah, sokongan dari Guy, family dan kawang-kawan...Daisy boleh bangkit semula.  Allah uji sebab Allah sayang...






deeya_is_me**

Thursday, July 12, 2012

damaikan hati...

salam...

Ya Allah, jika Kau ciptakan dia untukku,
dekatkanlah hatinya dan hatiku,
sibukkanlah dia dengan mencintai dan merinduiku,

Dan jika dia bukan jodohku,
Kau damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu,
Bukakanlah hatiku untuk menerima orang lain,
Hanya kepadamu aku memohon.

Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.

deeya_is_me**

Wednesday, May 16, 2012

Hariku Yang Sangat Ohsem

Salam dah Selamat pagi...

Semalam daisy menyambut Hari Guru 16Mei di sekolah...mmg happening habis. Selama ni tak tahu pun apa perasaan seorang guru bila menyambut hari tersebut kat sekolah...selama ni kite jadi pelajar je kan..buat persembahan jer....tapi bila dah sendiri naik pangkat jadi cikgu, mmg terasa keseronokan bila ada hari mcm ni...terasa dihargai oleh pelajar........uhhh ohsem~~~

Dan daisy terharu bila ada pelajar daisy tahun lepas yg stil bagi hadiah walaupun malu2...siap ada surat yg bagi daisy cukup honest.....hehehehe (pelajar lelaki mana main surat2 ni kan...tapi yg bagi ni lelaki..hahha)

Dan pada hari yang sama, Dasiy dapat anak saudara baru...alhamdulillah semuanya baik,  perempuan=D.. Kesimpulannya, semuanya berjalan dengan baik pada hari ini....senyum dari pagi ke malam...=)

Lagi satu hal, ada yang mula mengambil berat akan daisy...maksudnya dari sudut hati....cewahhhh... itukah soulmate yg ditunggu selama ini....daisy harapkan dia tidak berhenti sampai sini saje...jangan penat menunggu!!


deeya_is_me**

Tips nak bagi anak-anak tak boring semasa pkp =)

Assalam semua. So pkp 3.0 ni Guy hantar kereta wira dia ke bengkel. Ade lagi satu kereta weoll memang park luar pagar rumah. Kenapa????  Seb...