Thursday, May 20, 2021

Flashback - we love u sweet heart

Hi alls....kenapa flashback..sbb dah lama tinggal blog ni...so arini nak cerita la sikit apa story yg dah berlaku back then..5 years kot...so this is vol 1😊

.
.
.

So the story goes like this. Lepas nikah, kahwin dengan Guy, alhamdulillah, tak lama lepas tu Daisy pregnant. Sepanjang pregnant tu adalah sikit2 problem, tapi x serius, baby dalam kandungan semua ok. I mean, time checkup semua kira ok la xde masalah. Daisy dengan Guy mmg happy la counting days nak tunggu delivery. 
.
.
TAPI... Allah nak duga kami
.
.
Hari yang dinantikan pun tiba, so Daisy menunggu masa melayan contraction. Lepas beberapa ketika, Daisy dah dibawa ke Labour Room. Waktu tu mmg syukur sangat sbb Guy dapat temankan kat dalam. Agak2 time solat asar tu, Guy bgtau dia nak keluar g surau sekejap nak solat. So tinggal la Daisy keseorangan melayan contraction yang agak kuat waktu tu. Dalam melayan contraction tu tiba-tiba Daisy dengar ada orang bagi salam...macam kenal suara tu...YA ALLAH...my mother datang😭😭. My mother kebetulan nampak Guy keluar nak g surau tu, so my mother ambil alih pas melawat then masuk labour room....Dalam hati mmg terharu, nak nangis kat mother...sakit.

.
.
.
dalam pukul 6ptg macam tu my mother kata kene balik sbb waktu melawat dah habis lama dah...then nak bagi Guy pulak masuk. Sambung balik layan contraction sampai la betul-betul azan Maghrib habis, doktor dah suruh push. Tak lama keluar la baby boy kesayangan kami. Bayi nampak ok semua, kemudian dibawa pergi utk dibersihkan.
.
.
.
Kehadiran seorang pakar kanak-kanak...
.
.
doktor pakar datang...minta bertenang sbb nak bgtau sesuatu. 
.
.
.
bayi kami ada masalah...
.
.
.
down sindrom plus jantung berlubang...
.
.
.
Guy and i.....kaku, speechless, hilang semua senyuman kami tadi, yang bergerak hanya air mata laju mengalir😭😭😭serius ke sakit anak saya, doktor??
.
.
doktor suruh tgk baby esok, sbb doktor nak further checkup baby...naik wad, Daisy trus wasap my mother...of coz i cried the whole night.
.
.
bila dapat tgk baby boy, Ya Allah, comelnya..dalam hati pedih sbb tau dia sakit sekarang. Ya, dia tidak stabil, dalam masa 22 hari lepas lahir, 2 3 kali jugak dapat panggilan kecemasan dari hospital minta datang segera....sbb BABY NAZAK😭 my mother cakap, Daisy kene ready, Daisy kene redha... Jika itu yang terbaik untuk dia, maka lepaskan dia dengan redha😭.
.
.
.
until one day, Daisy dengan Guy macam biasa g melawat dia dekat hospital. Kami baru je turun dari NICU sbb nak lunch, dapat call dari nicu, Puan...naik sekarang cepat ya.... Segala nasi, air yang baru bayar tadi ditinggalkan...naik je atas...ALLAHU anak mama....
.
.
.
saya nak dukung anak saya boleh doktor...perlahan-lahan Dasiy rasa dia pergi tinggalkan kami....dalam 22 hari, itu kali pertama Daisy dapat dukung dia, dan itu jugalah kali yang terakhir. Daisy usap rambut, kepala, telinga, badan, tangan, perut, pusat, kaki.... ALLAH.....comelnya anak mama...nnt kita jumpa lagi di syurga...ayah mama redha...redha..😭
.
.
.
.
After kebumikan...Daisy sambung pantang rumah mother..mmg kesunyian bila Guy pergi kerja.. Daisy mula jadi diam, xcakap banyak, suka menyendiri, xnak tempat crowded especially family gathering... Trauma kehilangan?...sampai sekarang pun ada.

Alhamdulillah, sokongan dari Guy, family dan kawang-kawan...Daisy boleh bangkit semula.  Allah uji sebab Allah sayang...






deeya_is_me**

No comments:

Post a Comment

dah usha, meh ler komen(^0^)..

Tips nak bagi anak-anak tak boring semasa pkp =)

Assalam semua. So pkp 3.0 ni Guy hantar kereta wira dia ke bengkel. Ade lagi satu kereta weoll memang park luar pagar rumah. Kenapa????  Seb...