Showing posts with label pkp. Show all posts
Showing posts with label pkp. Show all posts

Friday, June 4, 2021

Tips nak bagi anak-anak tak boring semasa pkp =)

Assalam semua. So pkp 3.0 ni Guy hantar kereta wira dia ke bengkel. Ade lagi satu kereta weoll memang park luar pagar rumah. Kenapa???? 


Sebab nak gunakan space yang ada semaksimum yang mungkin untuk elakkan anak-anak keboringan sepanjang pkp ni.










So ini adalah projek anak-anak bila diorang dah boring sangat terperap dalam rumah, maka diorang pakai kasut buat aktiviti kat kawasan porch tu. Elok jugak ayah dia awal-awal masuk rumah ni memang pasang kipas kat luar. Selesa sangat.








Okey, summary...

1. Parking kereta kat luar.
2. Bersihkan lantai.
3. Boleh guna porch ikut suka hati masing-masing....


Anak-anakku dan bawak keluar semua basikal, kereta mini....tinggal pool je lagi xbuka...sebab mama dia maybe malas lagi nak urus basah-basah ni...one day ye anak-anak...tungguuuuu!!!



deeya_is_me**

Wednesday, June 2, 2021

Pkp 3.0 with kiddos...

Assalam semua. Ya ini adalah pkp bersama kiddo...means daisy extra bizi la sbb nak fokuskan pada banyak perkara. 



Alhamdulillah, pdpr takde buat masa ni, so daisy lebih fokus pada pdpr anak-anak. Sebelum cuti pkp hari tu teacher dia ada bagi play-kit untuk buat aktiviti dekat rumah. Jadi setiap hari daisy akan tunggu info dari teacher apa program hari tersebut, then baru kita buat dengan anak-anak. Kiddo mmg suke la kalau kita bagi perhatian kan. So lepas siap aktiviti, ambil gambar bagi dekat teacher. Tapi sebenarnya memang seronok kadang-kadang ajar budak kecil2 ni. Yela sebab sebelum ni memang ajar budak besar-besar je kan. hihihii



Jadi apa yang bizi sangat tu?? x adala apa sangat, cuma daisy lebih suka offkan gajet-gajet bila bersama kiddo. Laptop ke handset ke....fokus anak-anak...chewahhh😁😁😁 






Guy?.....ya dia pun WFH setakat ini. Kalau ada panggilan baru pergi kerja😆


deeya_is_me**

Sunday, May 23, 2021

Pkp lagi!

Assalam semua..ok kalau korang nak tahu sebenarnya daisy tak berapa bizi sangat sekarang sebabkan PKP ni memang bekerja dari rumah je. Anak-anak semua dah pergi playschool, Guy pergi kerja, so daisy duduk sesorang kat rumah. 



Jadi, pagi-pagi lepas hantar anak-anak g playschool, daisy balik rumah terus sibukkan dengan PDPr, online , offline class. Lepas habis kelas, baru la masak-masak ke, kemas rumah, basuh kain dan sebagainya.



Kalau dulu memang jeles tengok kawan-kawan yang jadi suri rumah, rumah maintain kemas, baju maintain berlipat...Allah kalau time kerja memang tak sempat la nak hadap semua tu. Memang hujung minggu la jawabnya...hahaha bayangkan kain bertimbun.





Asbab pkp ni, dapat la luangkan masa untuk diri sendiri sikit. Dan rumah pun takde la macam tokang pecah...hahah😁



Dalam kesenangan kita, ada jugakla yang kesusahan pada mereka yang berkerja sendiri. Yela time pkp ni memang banyak kekangan untuk berniaga seperti biasa, pelanggan pun berkurang dari kebiasaan, jadi memang akan effect pendapatan. 



Guy pun sama alternate time kerja. So dalam seminggu dia kena datang 3 hari, lagi 2 hari work from home. kadang tu sampai berebut laptop nak pakai😂 lagi-lagi kalau emergency urgent tu kan. haha



Korang macam mana...ok tak melalui hari-hari pkp ni..daisy harap korang semua ok. 


Apa-apa pun, moga covid19 ni cepat-cepat terhapus di dunia ni. Boleh la kita kembalikan kehidupan seperti dulu kala. Amin.



deeya_is_me**

Tips nak bagi anak-anak tak boring semasa pkp =)

Assalam semua. So pkp 3.0 ni Guy hantar kereta wira dia ke bengkel. Ade lagi satu kereta weoll memang park luar pagar rumah. Kenapa????  Seb...