Wednesday, October 14, 2009

~raya dan dinner~

Ya...ya dah lama...lama sangat tak upadte. Malas..kemalasan buat homework + stadi + tesisss dan sampaila kemalasan mentaip blog. Semuanya bercantum menjadi satu dan terhasilah kemalasan berganda-ganda.


Okeylah semua, ceritanya daisy mulakan dari Hari Raya yg lepas. Cuti seminggu rasa tak lama mana. Hari raya pertama d Temoh, Perak. Raya kali ni, fisrt tie di rumah kampung yg baru..kenapa baru? sbb rumah kayu yg lama tu dah dirobohkan sbb dah tak brape kukuh. Lepas sembahyang raya di Perak, besalam-salaman dan bermaafan dipagi raya, kemudian bertolak ke Jitra, Kedah pula....kali kampung sebelah ayah pulak. Raya di Kedah selama 2 hari. Hari raya kedua, mybrother ajak g jalan2 abihkan duit, so kami pun g main bowling. Beli barang2 sket pastu pekena pizza. soYuzz~



Raya keempat, balik ke kampung Temoh, Perak semula sbb ader kenduri adik-beradik belah ma. Malam tu full-house, semua tidur mengikut aturan, kalu tak konform tak muat. Selepas kenduri, petang balik semula ke Raub. Kat sini adelah gambar sket2 masa Raya dan kenduri tu.



Grand dinner yang dirancang dari awal sem akhirnya dah berlalu. Walaupun banyak rintangan terpaksa dihadapi oleh orang2 tertentu, ditambah dengan masalah2 dalaman dan luaran, yang penting semua orang hepi pada akhirnya. Bertempat di Royale Bintang Hotel, tarikh 10 Oktober 2009. Walaupun tak ramai yang datang, kami yg ader menghepikan diri kami~Menarik dan seronok~





deeya_is_me**

Tuesday, September 15, 2009

sehariSebelum...

Detik semakin berlalu....

Dah tak sabar nak balik Raub...

Esok jer lagi...



~~malam sebelum~~


Lepas jer abih kelas kinetik, Farah ajak pergi beli keteow kat kedai untie. Malam ni akma, kak e, mus and ekeen balik dah....tinggal la kami jer kat rumah. Syud datang stay kat rumah sbb esok dier balik skali dengan farah.

So, kejadian malam tadi, setelah babai semua orang, bilis datang rumah kejap, amik dier punya sijil...aperlah balqis ni, tak g kelas rupenyer tadi....huhuhu tu mesti sbb melepak mamak lagi tu...

Pas babai bilis, rabi plak datang rumah. Rabi datang ajak makan burger. Mula nak g, pastu luper plak nak masak keteow malam ni..last skali, rabi and farah g beli air milo ais kat mamak, masak keteow, skali pencuci mulut agar2 koktel, makan beramai-ramai.

Lepas rabi balik, kami pun buat aktiviti sendirian berhad [more to tenet kot]...haha




~~taktau nape~~


Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri...lebih baik negeri sendiri...

Seseronok mana pun, sehuha-huha mana pun hidup di tanjong malim,

Kehidupan di rumah lebih baik, lebih aman dan damai...[masih dan tetap huha-huha]

Sbb tu kenapa semua orang tertunggu2 time cuti.....time takde kelas....

Sbb nak balik kampung...

Tak semestinyer kampung...a.k.a tempat kite membesar pun boleh...



deeya_is_me**

Friday, September 11, 2009

review3:Puasa Edition....yang ni last tau..


So, minggu ke-3 dah kite berpuasa. Alhamdullilah segalanyer berjalan dengan lancar di bumi yg indah permai ni. Macam yg daisy bagitau dulu, [review2:PuasaEdition] macam2 benda yg berlaku dalam satu minggu ni. Kalau fikir2 balik, banyak betul masa yg ader dalam seminggu tu... tapi ader gak orang kate, cepatnyer seminggu berlalu...terpulang la dengan cara masing2.



  • Minggu ni pergi secret recipe lagi untuk besday farah wahidah hashim yang ke-22. Meriah, sekali join, kak E, Akma, Mus. Dier dapat due anak Andax, satu hitam dan satu putih.

  • Dapat berita dompet Shila kene samun kat Jalan TAR, dier gelabah gak, mujur adik dier ader time tu.


  • Pergi ikut akma, last chek kat restoran rakyat pasal hidangan dan jumlah orang. Semuanya beres.


  • Hari Rabu 9/9/9, ader majlis berbuka puasa bersama group kimia A. 52 orang yang datang, sungguh meriah sekali, dah macam kenduri pun ader.


  • Syud datang bermalam dkt Angerik Desa, 3 hari kot. Join jugak budak2 Anggerik punya stadi group yg bermula lewat seperti biasa.


  • Banyak kali pergi mamak minggu ni untuk sahur. Pastu nak balik rumah, takut sbb time banyak anjing.


  • Malam Jumaat, ader test Organic synthesis. Lega, pastu ader meeting plak pasal dinner. Sebelum balik, RE and DAL singgah kat mamak kuo plak.


  • Malam, buat rawatan rambut disalon Anggerik no.11...sekali dengan pedicure. Harga semurah 0 sen dan semahal kasih sayang beberapa orang hosmate...hehe

  • Malam Sabtu, bilis and crew datang rumah hantar kerepek....mmg ong tul rezki bulan Ramadhan....


deeya_is_me**

Surat Cinta Untuk Nbie...


Tadi ma kol kakak...ma and ayah tgh jln2 bndar g beli tudung. Siap tanya lagi, jalan2 cari makanan ker?? owh sungguh tak munasabah...luper plak tgh bulan berpuasa ni.


Dah borak, bru jer letak kol, terus teringat nak tanya pasal si kopi. Dah besar ker, sihat ker, bunting ker...orrr wujud lagi ker. Aritu nbie balik uum, kami 3 orang pergi cari friskies tuk dier.. banyak giler makan sampai tak habis.


Ingat kat lembu pasir tak?...warna putih dier semkin hari semakin pudar [comot]. Pastu kakak pergi rendam dier dalam baldi tambah sabun. Esok pagi, angkat jer, terus nampak putih yg bersinar.........serius, mcm iklan vanish plak. Kat sini semua orang suke lembu tu. My frens called it 4in1....kerana, kondisi yg mmg diketahui oleh nabie....hahahahahahahah


Ohya.....salam perantauan tu mmg takbley blah.....laen kali pos terus kat bharian. Konform orang tertarik nk tgk betui2, budak ni laki ker..pon ker...pom ker huahuahau


Abang pulak buat ayat kasihan kat facebook, tahun ni baru dapat kad raya sekeping jer... terharu dan tergaru bile baca statement tu..huhu...agak2 berapa duit raya dapat dari abang tahun ni ek?


Raya ni kakak balik rumah dulu. Nanti ader surprise hohoho....agak2nyer ler ape ntah.. teka ler kalu rajin, malas kakak nak bgtu...huahuahua


*sempena meraikan entri yg ke-35 sudah dipos dalam blog ni......

deeya_is_me**

Monday, September 7, 2009

Majlis-Buka-Puasa-Untuk-Kite

Sebelum memulakan sesi pembelejaran untuk minggu ni, daisy just nak cakap tak sabar nak tunggu tarik 9/9/9 ni untuk majlis Berbuka Puasa khas for my class. Ramai2 leh tg kat sini, promote yg telah dibuat oleh promoter kite sape lagi kalu bukan saudari akma hehe~

Penat dier buat...heheh. Jumlah yang hadir ialah 52 orang, so ramai berbanding pangkor haritu..
Tak sabar dah ni. Walaupun dibuat dikedai, [ramai gak suke stail sem lepas, gotong-royong] tapi kemeriahan tetap akan dirasa..

*what happened last nite?whose wallet or purse [for laddies] yg kene amik [curi]????Lets find out in dairy ramadhan daisy for third edition.....bye!

deeya_is_me**

Wednesday, September 2, 2009

review2:Puasa Edition




orait my friends, mari kita sambung cerita dairy Ramadhan daisy untuk episode yang kedua. Kalu episode kedua tu dah sah2 ler minggu kedua berpuasa..ye tak!! Kepada followers blog daisy yang terpinga2 apa yang daisy akan tulis dalam entri kali ni, jangan risau sayang, sebenarnyer daisy saje2 nak buat ala2 dairy ramadhan rafique tu. So edisi kali ni [edisi sebelum] khas untuk ramadhan tahun 2009. Kebetulan Ramadhan terakhir buat daisy dan rakan2 di Upsi ni. InsyaAllah...



  • Hari Isnin dimulakan dengan malas sekali. Setelah bergoyang kaki bila habis exam kinetic hari tu, mood untuk study koordinatan masih takde.



  • Isnin, Syud singgah rumah, nak ajar SSpS. Berbuka ala kadar, pas terawikh g makan dengan farah, akma, syud, diana salmie, shila, yunus nak celebrate bday paat.



  • Selasa, otak masih pening dengan koordinat. Petang tu akhirnya dah jawab koordinat. Syukurr...



  • Malam tu, syud stay lagi untuk meeting, rupanya meeting ditunda rabu malam. So, one more night in Anggerik Desa.


  • Rabu, naik basikal dengan farah gi amik slip kursus, hantar report. Balik singgah kedai basikal uncle ganti pedal dah rosak.



  • Petang setelkan soal duit dinner. [bab ni sgt sensitif, sbb ade org memandai buat cerita bukan2 about money collection]



  • Malam meeting, habis jer pecut akma, farah daisy dan syud ke Restoran Rakyat untuk konformkan menu.



  • berbuka puasa dengan air jambu+asam boi.....the BESTEST...[depan gerai nasi kerabu makcik-bazar ramadhan]


  • Secret recipe this week untuk bday paat.



  • shamething happened...uuuUuu



  • report koordinat dah hantar....lega. Malam nurkasih, syud singgah rumah, hantar motor sebelum balik perlis..


  • hari ahad, key-in markah dalam spss. yang ni farah ajar, sekali kak e, akma dan eda..
ya...ya..dats all for now. Susah hati betul dengan banyak kejadian yg berlaku dalam beberapa hari ni. Walau apepun, tonite, me and crew will make sumthing 'extra-avanza'..utk siapa???
nantikan siapa yg akan kena,......minggu depan!!!!!HOHOHOHOHO!!!




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


deeya_is_me**

Saturday, August 29, 2009

review1:Puasa Edition



Dalam bulan Ramadhan ni tetibe teringat kat siri drama kegemaran anak2 sepupu daisy, Diari Ramadhan Rafique. Kalu sapa yg tak tengok tak rugi ape2 pun, ni cume drama yg khas untuk bulan Ramadhan.

So entri kali ni, daisy nak buat mcm ala2 diary Ramadhan daisy sendri la tapi versi review utk seminggu punya. Mana dan nak buat setiap hari ye tak. So, lets [chekitout] the first week of Ramadhan.
  • sahur sempat beberapa hari jer untuk minggu ni.


  • pergi bazar Ramadhan sebanyak tiga kali (yang lain masak bersama dengan akma dan farah)


  • air pilihan untuk berbuka, asam boi, soya, airloveu, soya cincau, bandung, air kelapa.


  • pergi terawikh di masjid tg.malim.


  • syud datang buka puasa dan bermalam pada malam selasa (malam selasa meeting diner).


  • diana salmie dan shila datang berbuka puasa dan bermalam selepas exam kinetik.


  • pergi secret recipe sebanyak dua kali, satu birthday syud, satu belated birthday akma.


  • malam sebelum exam buat stadi group, (baru nak baca time ni...gilorr) tido lambat.


Dah tu jer le review tuk minggu ni. Yang lain tak leh nak show off sgt...kaka...


Nantikan episode seterusnya pada minggu hadapan.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

deeya_is_me**

Saturday, August 22, 2009

ramaDhan..




Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

dan Selamat Berpuasa


Harini dah masuk 2 hari berpuasa. Dah 2 hari tarawikh. Haaa...kalu dah pose tu jgn hanya di mulut, mata, hidung, dan semua deria pun kenela puasa jugak. Hehe.....berbuka jgn lebey2, faham2 jelah time ni tgk makanan semua pun terliur. Dah berbuka, siap2 g Tarawikh kat masjid. Jangan luper pulak nak niat puasa tok esok hari pulak.




deeya_is_me**

Wednesday, August 19, 2009

yeay2..PangkorVillage!

yebaaaaa!!!wah rase semangat laen macam jer balik dari pangkor aritu..best sgt beb!! jalan dengan kengkawan secosmate, even tak ramai mane, still meriah. Haha orang laen jgn jeles...Dua hari satu malam jer tapi penuh dengan aktiviti yg menariks...pendek kate mmg tak rugi ler pergi..hehe yg ader sume pun sporting-moting maen2, denda2 dan sumerlaa..

Gambar and video sume dah diupload dalam facebook (upload dlm facebook cepat, tak mcm fster-seperti siput sedut)....so pakat ramai2 bukak akaun facebook supaya tak ketinggalan okey!!hehe



*
okey mula cerita, sabtu 15hb kami ramai2 bertolak g pangkor, ader 4 kereta terlibat, avanza (munir dan seisi keluarga), viva (oppa dan omma sekeluarga), kelisa (datin-datin-wanna-be) dan kancil (adik-beradik KRU versi cetak rompak). Perjalanan bermula di Petronas Behrang dan berakhir di Lumut. Time tu makan2 isi perut, parking kereta dan mula nak naik feri dah...time ni sume orang kene pakai mask disebabkan takut dengan wabak H1N1 yg semakin menular....(kepada cucu daisy yg mungkin terbaca entri ni pada masa akan datang, waktu ni nenek kene menjaga kesihatan nenek, kalu tidak tak mungkin nenek tak boleh jumpa cucu2 semua...huhu).


**
Sampai di Pangkor, kami naik van pergi Pangkor Village, sampai jer terus berehat, tidur2..pastu jalan2 kat pantai, konvoi naek basikal ikut omma dan oppa (nak tgk omma dan oppa tak?)[malas nak taip nama ko akmaCassandra sbb huruf 's' kat lappie ko ni dah cabut...hehehe]. Pas habis round separuh pulau, balik Village jer rasa lutut daisy ni dah mcm xde..lama sket baru okey..haha..aktiviti mesti diteruskan, aktiviti pantai plak, maen bola tampar, baling selipar, tarik tali, captain ball dan last skali sume terjun laut.....lama woo tak mandi laut, last mandi laut rasanya ikut rombongan sekolah ma daisy waktu darjah berapa ntah...kalu mandi air terjun tu toksah nak kata laa, selalu jugak.


***
Malam, BBQ, best sebab makanan mmg ala-ala first class....ader ketam, udang, ayam, sotong, ikan bakar, nasi goreng, buah tembikai, jus oren...hmmm ader miss ape2 lagi tak?...pas makan, kami pun main2, buat bulatan main capkalicap (tak berapa nak jadi sbb tak pandai), telepon buruk (mmg buruk betul, lama tak servis hehe), truth or dare dan teka gaya....dalam pada tu sempat lagi planning2 pasal birthday party omma yg ke22 malam tu...omma, dah tue lagi setahun..bile mau belanjer secret recipe?????hehe


****
Pagi esoknyer sume orang semangat nak g snokeling [betui ker eja cenni]...dah siap2 sarapan, sume g kat pantai, bergambar sblm pergi. Brader kat situ sroh pakai life jacket, masing pun pakai la...tiber2 time nak naik boat, satu lagi boat sampai, dalam tu dah ader pelancong asing 4 orang...brader tu kate, 4 orang volunteer pompuan g naik boat sana..sume orang tergamam...of course ler sume orang tanak.. last skali, daisy, farah, shila dan asmah g naik boat sana. First impresion aq kat brader boat sana tu [uihhh, negro ker ni, mcm samseng pun ader]....dah naik boat, baru la kusedar kenapa volunteernyer kene pompuan...[korang teka la sendri, daisy malas nak taip]....he~


*****
First time snokerling mmg best, cantik gak scenery kat sana, bley nampak ikan banyak....cume satu jer, rase mcm hampeh jer pergi bertenggek kat batu kelikir tu, dah dapat hadiah luka 3garis kat tangan. Tak sedar plak tu luka punya besar, darah keluar banyak, yele seronok sgt kot. Sampai farah tegur, banyaknyer darah dekat seat boat, haha mula la gelabah amik air laut, g siram kat seat tu...lepas puas selam g choral beach plak, kat sini mandi2, main keretapi life-jacket, kalu rajin kutip kulit kerang, tanam paat, amik gambar, naik banana boat [dapat student price disebabkan senyuman menawan cik farah].....kesimpulannyer mmg best, and rasa berbaloi dengan harga yg dibayar.


******
Pastu reramai balik Village naik bas, sampai dah dekat tengahari, mandi, siap2 pastu angkut beg gi lunch...lauk ader ikan 3 rasa, sup sayur, udang, air sirap, timun dan sambal belacan....rasenyer takde yg miss kot..he~..naik feri semua dah ngantuk2.....letey kot...sblm balik sempat shopping kat Lumut. Daisy aderla beli sikit2 makanan...he~~


******
Ondaway balik boley plak wat keje giler merakam video aksi potong-memotong setiap kereta kecuali kancil [kancil lalu ikut jalan lain]....sekali lagi untuk cucu2 nenek daisy pada masa akan datang, jangan tiru aksi ni ek, sila bersopan di jalan raya..sebelum masuk highway semua kereta berkumpul di restoran atap. Kereta kancil sampai dulu, diikuti viva, kelisa dan avanza...huiii...bergambar lagi sebelum balik...dah dekat kol 7 kot time ni..


~~~memang best, rasa nak ajak dorang semua g tempat lain pulak..
~~~kenangan balik pangkor adalah gambar, video, makanan yg dibeli di Lumut dan calar-balar di tangan dan kaki....tak lupe keseronokan yg tak terhingga...!!


[Sori ek cucu nenek daisy, gambar malas nak upload banyak2, semua dah diuploadkan kat facebook...tgk kat sana ek, kalu rajin bagi komen skali...itupun kalau cucu2 nenek daisy terjumpa la blog yg x seberapa ni, tau la hangpa semua nenek hangpa ni macam mana orangnye time muda-mudi..hoho]


deeya_is_me**

Sunday, August 9, 2009

nobody..but you!!

entah kenapa F-attack telah menyebabkan daisy bley tetibe memahami bahasa2 di bawah...sunguh ajaib dan pelik tol...maka, layanla lagu 'nobody' ni. From music bank gak, bley juga dilihat di youtube...siler2!! Sapa nak tgk '2pm' pun ader bley cari kat sana gak kehy, takkan layan teaser jer...hehe sajer jer nak share..teong3x..




deeya_is_me**

Friday, August 7, 2009

again and again..

Baru jer jenguk kat entri yg paling terbaru [konon], huiii lamanyer tak update. Seiring dan sejalan dengan tuan punya blog dier yg tgh cuti kot. This holiday is not gonna be awesome like before becoz im sicked. This time is the worst, i kept going in and out of the clinic becoz im running out of medicine. Of coz im worried of you-know-what disease might attack lately. Owh…mujurlah dah sihat, syukurrr…


So far, nothing I can do at home really. A little bit of research, for my report [still, but at home you know how many effort I put into this…haaa]. Do this and that, this and that….
Most of the time, im not sit in front of the computer, trying as much as I could to stay away from it…..it keeps remind me of upsi though….he~. It’s not possible since im not an it-maniac like some people. And it doesn’t mean that I completely blind about it.


[Wah…dah perenggan tiga. Sampai sini masih tak tau lagi ape yg nak ditulis…daisy agak blur sejak akhir2 ni, mungkin akibat dari F-attack…huh…perlu polish lagi ni]


From music bank, I chose 2pm-again & again….they is kind of cool. Forget about look [sepet, malaysian have that one] their music attracted me in the first place. Heyya! *check out 2pm teaser video below..


deeya_is_me**

Saturday, July 25, 2009

warkah Selamat Tinggal....

Di kesempatan ini , daisy dengan segala hormatnyer ingin mengundurkan diri buat selamanya. Bukannyer daku ini merajuk atau aper, tapi daisy mmg tak bley nak tgk dah benda tu lama2.. Benda tu tetap akan hidup selagi ader orang tgk dier. Jadi jalan penyelesaiannyer, lebih baik daisy sendiri yg out dari benda tu.

To all my friend, jgnla kamu mencari diriku di sana lagi....konform tak jumpa punya. Carilah daisy di tempat lain yang lebih tenang dan nyaman suasana tanpa ader stress yg keterlaluan. Bukan daisy tak sayang pada semua, tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikulnyer.

Pintu hatiku dah tertutup untuk benda itu, dan terbuka untuk memilih benda lain.

Jadi, jangan cari diriku lagi....

Jangan cari diriku di MULTIPLY.com...

*akaun dah tutup....yeah!!!

deeya_is_me**

Friday, July 24, 2009

lalala~


Ader orang tanya hujung minggu ni nak g mana??...jawapannyer tak g mana pun..haha
Sungguh membosankan jawapan itu..yang pasti kalu ader sape2 yg rasa ader tempat baik punya bley la roger2 tuan hamba di sini okkeh!..


Hmmm...mentang2 ler dah sem akhir ni...tetiber ingatan teringat kat bebudak matrix H2P5. Hye ya'lls....dah lama tak jumpa kan. Taknak wat reunion ker? Jom laaaa.. Aritu kate nak g reunion api tak jadi pun....per kate kite reramai g zoO..haha (sungguh abnormal, tapi ape salahnyer). Jalan2, borak2, makan2, sambil tu kite melihat gajah, biawak (haiwan kesayangan akma), dan macam2 lagi. OWH yek....sini ada harimau putih x????


Kepada ketua kelas, (dia ni selalu panggil nama daisy dengan panggilan yg agak asing [korang takyah tau la]), jom lar kite g ronda2 kotaraya, ah jgn lupe ajak yang mulia Tengku sekali, Dz, McHan, Alyana, Izah dan ramai lagi....(akma mesti kut punya, kalu tak dier bukan H2P5 punya orang..haha).


Internet selalu tak dapat sejak akhir2 ni..sigh~....apepun, to all readers yg setia dengan blog ni dun wory bile ader masa jer mesti akan update punya. Kalu tak baik main friendster jer..hehe OwH yek luper, daisy ader facebook sekarang, sila2kanlah add okkeh!


deeya_is_me**

Monday, July 20, 2009

itenet gak akhirnyer...

Dah lama tak update ni..ni sume gara2 BHL yg bermasalah..dah dekat seminggu dah jadi cenni.
Semua orang dok kalut kalu takde intenet macam mana nak wat report. Kinetik ngan organik kene hantar cepat plak tu.. HAduiiii susah2..
-
-
-
-
So, ape yg bley buat selain tgk tv??? tetibe rasa nak install plak game 'speed2' yg nbie bagi time cuti sem aritu.
-
-
-
-
-
try2....best gak game ni..merempit jer kejenyer. Tibe2 satu hari, farah ternampak daisy merempit dalam bilik.......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
"oooooo....merempit tak ajak!!!" beliau agak garang yek time2 cenni...haha.. So, secara tak rasminyer bertambah komuniti orang merempit dalam rumah ni, dari satu kepada dua.
-
-
-
-
-
-
-
Persaingan agak sihat, daisy dan farah bersaing untuk memenangi perlumbaan baik secara haram ataupun halal.....daisy kagum dengan aksi 'drag' farah, manakala farah kagum dengan aksi 'driff' daisy yg mmg takleh blah....siap dapat penaja tuk kereta baru, amik majalah kat magazine, dvd cover...dan macam2 lagi..
-
-
-
-
-
-
-
Semalam, daisy ngan farah dah mengajak akma cassandra tok join main skali...Mmg nak tergelak tgk (hg jgn marah na) orang baru belajar merempit...actually, memandu kot sbb pemanduan beliau ketika itu penuh berhemah...siap bagi jalan lagi kat teksi2 tepi jalan tu..haha
-
-
-
-
-
deeya_is_me**

Saturday, July 18, 2009

yang rumit..

Rasanya semua orang pun dah bley agak kot kenapa entri kali ni bertajuk sedemikian. Semestinya kerana kerumitan melanda pada ketika ini.

Report kinetik+koordinatan+organik syn perlu disiapkan pada waktu yg sepatutnya. Susah sket nak wat bile tak tahu macam mana nak diskus dengan kira2..

Masalah lain2 yg ditakdirkan untuk diterima buat masa sekarang....yang ni tak perlu mention kot kat sini, memandangkan situasi yg tidak sesuai dengan keadaan sekarang. To "you know who", akan tahu masalah ni.

To my besfren, be patient, mungkin ader hikmah disebaliknyer. Dun wory, i'll always by ur side no matter what. Because i know who u are. Ramai lagi yg kenal siapa dirimu tidak akan termakan dengan kata2 itu dengan begitu mudah..haha....hakikatnya telah dilihat dengan mata yg sangat kasar.

Entri yg rumit ni, tak tahulah orang laen ingat rumit ke tidak. To all readers out there, this is what we have to face every steps in our life. Macam hadith yg daisy petik dari Jakim,


Tajuk :

Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Hadith :

Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
deeya_is_me**

Monday, July 13, 2009

oh apakah ini!


Sebelum kite ke topik yg sebenarnya, daisy nak gitau yg hari Sabtu lepas, daisy, akma Cassandra, farah, kak e dan mus g jejalan kat Genting Highland. Sebelum p, uncle basikal merah siap pesan sruh bawak sweater nnt petang sejuk. Yelah uncle, kami bawak....haha perjalanan dalam sejam pastu naik cable car sampai atas. Main indoor jer aritu sbb cuaca very cloudy, sampaikan semua punya outdoor game dah tak nampak dek pandangan mata...huhu


dari kiri: farah, kak e, mus, daisy dan akma Cassandra

Kitorang sempat masuk snow world, roller coster (apa nama tak ingat) dengan panggung 4D..
mmg bestzzzz.....masuk snow world, akma cassandra mulakan permainan perang bola salji, sampai penat cam ntah pape jer haha.....abih basah kasut ngan tudung kene salji, sebelum kuar sempat amik gambar, pastu makan aiskrim cawan....sejuk beb!



sebelum masuk snow world



Beratur untuk main roller coster tak lama sangat, best main ni sbb bley menjerit sekuat hati... yang peliknyer ramai lelaki pun bley keluar jerit mcm perempuan jugak...haha apakah! Pastu g beratur tuk 4D plak...berbaloi beb, rasa lain dari yg lain...kalu tak g lagi boley la planning pasni ek. Rasa2 la teknologi baru yg canggih ni.


freestyle


-

-

--

---

Berbalik kepada topik, harini rasa mcm tak best skit...kalu yg rapat tu bley agak kot kenapa...inilah, masalah yg takkan habis sampai bile2....kate orang, pikirkan orang lain dari diri sendiri, tapi diri sendiri macam mana ek?? dan macam mana pula kalau orang lain tu ramai giler and of coz antara orang lain2 tu semua pun pikir lain2....oh apakah! problemo...problemo! pikirkan masalah orang lain, dalam masa yg sama pikirkan cara menyelesaikan masalah, dalam masa yang sama tanak menimbulkan lagi masalah, dalam masa yang sama diri ini bermasalah untuk menyelesaikan masalah......OH APAKAH!!!!!!!


deeya_is_me**

Monday, July 6, 2009

haha..sian!

Hari Ahad lepas my parents hantar balik g Tangjong Malim, alang2 jalan skali. Menapak di upsi ni tibe2 rasa cam tak sangka plak dah jadi super senior dah daisy ni. Gi jalan pi kelas (senaman baik tuk kuruskan badan), sambil tu berselisih dengan pelajar baru yg pakai tag nama segi empat dan bentuk bulat yang bewarna-warni, tanya kat mana bangunan ni, bangunan tu...haha

Daisy pun dulu centu la jugak. Pening jalan kat upsi mula2...susah tol nak cari bangunannyer. Tapi sebenarnyer bangunan tu dok sebelah2 jer...haha apakah!! Lepas abih kelas tadi tros g makan sbb tersangatla lapar. Pas makan, ingat nak amik slip peksa, tapi tak jadi sbb ofis tgh lunch time..hoho. Pas tak tau nak wat per, g ler meronggeng kat taman U tu..tgk ape pun tak tau. Mungkin bahana duet yg mmg tak berapa nak ader tu, jadi tgk barang pun mcm takde mood. Jalan2 jumpa ngan ramai gak budak kimia yg laen, sume pun meronggeng nak tunggu amik slip. Sbb tak tau nak p mana dah, last skali lepak rumah zue, hosmate zue siap belanjer makan ikan kering lagi.

Pas amik slip, g naik atas ngan farah melawat Dr. Abu..Melawak skit2, siap tanya plak dapat berapa TKP aritu.....hahaa. Pastu kami pun balik. Petang, uncle tuan rumah datang, baiki paip air, pastu terasa ngantuk + penat, tertido.......ZzZzZzZz

sebenarnyer taktau nak cerita pasal ape....sume ni sbb sian kat syud yg keboringan bile blog ni tak update2......hahahahaha Syudddddddddddddddddddddddddddddddddddddd.....................

deeya_is_me**

Friday, July 3, 2009

jacko Maniac!

Kalu tgk jer tittle centu mesti orang ingat daisy ni 'kipas susah mati' si Micheal Jackson. Sebenarnyer bukan tu yg nak diceritakan kat sini. Cume nak meluahkan kemarahan yg mmg takleh nak tahan dah ni.

Aderker pagi tadi dalam pukul 5 pagi, boleh sebijik kereta ni parking baik punya depan rumah daisy (ader taman permainan kat situ) pastu pasang lagu si MJ ni.....bukannya kuat, tapi kuat giler ntah speaker sebesar bonet kereta kot. HELLO!!!!!! 5 pagi laaaa encik...kot ye pun nak bukak disko free bukak ler kat tempat laen, tak ingat orang laen nak tido ker.

p/s: Kalu la daisy ni ader senjata nuklear mcm kt k.utara tu, dah lama dah meletup kereta tu... tak pasal jer taman yg Sentosa tu jd tak berapa sentosa dah. Kereta jenis proton aeroback, ader lampu neon kat tepi kereta colour biru...mmg nak kene ni!!!huh

deeya_is_me**

Thursday, July 2, 2009

Works + oliDayz = LangkAwi……yaya~


Dah siap packing2 barang sume (yg penting kt sini model ikatan kimia, worksheets, cenderahati), maka berangkat ler g Langkawi. Bertolak hari Rabu 24 hb 6 dari Raub pukul 1 tghr, sampai Langkawi jer dah malam Akma dan adiknyer Dalila dah tunggu siap2....heheh.


Esoknyer, Khamis g sekolah dengan Akma naek motor, masuk kelas 4st1 (eksperimental class). Kelas 4st1 akan dijadikan kelas eksperimen, manakala kelas 4 st2 akan dijadikan kelas kawalan dalam projek ni. Harini tolong Akma cassandra jer, dia ade banyak barang dan model nak kene bawak. Hehe. Malam, ikut Akma cassandra dengan Dalila ader reunion maresmawi, join makan2 kat ape nama kedai tak ingat, siap kene belanjer dengan pengantin baru ....hoho

Jumaat is my turn, pagi kelas 4st2 dulu, ajar2, latihan2….tibe2 masa tak mengizinkan tuk buat post-test plak. So, smua students agree nak wat test tuk hari esok…good, bagus tul anak murid cenni. Petang, masuk 4st1 plak, ajar2, latihan2, main model (ala-ala pertandingan sket) pastu rehat. Suruh depa isi borang soal-selidik, pastu wat post-test. Sebelum balik, ader sesi bagi hadiah, sambil tu Akma Cassandra ader selit sesi bercerita hahahaha......not bed time story my dear…..kwang3!!! siap touching2 lagi tuuuu…


Sabtu, last masuk kelas 4st2 yang tak sempat semalam, wat main2 sket dulu bagi refresh otak pasal topic yang diajar semalam, pastu baru post-test. Then, bagi hadiah + sesi bercerita fasa kedua oleh Akma Cassandra…..hohoho. Habis kelas, hujan lebat kat sana, our students sume naik motor takleh balik, korang bubye jelah korang punya teacher ni yg kebetulan merancang bawak sweater dengan baju hujan siap2....haha


Petang Sabtu, baru nak jalan Langkawi, tapi tak to nak g mana. First cari coklat Kisses dengan Ferero Rocher dulu. Dah setel yg tu, akma ajak g tgk air hangat. Tangkap gambar jap, pastu jalan balik. Tetibe terasa nak masuk underwaterworld, ajak akma g sana, pastu mengabihkan masa kat sana tros sblm balik. Tangkap2 gambar, mentang2 kebetulan orang pun tak ramai hehe. Balik jer rumah, tros g packing ape yg patut, emak akma bagi ikan bilis Langkawi, dengan pau bakar bawak balik, lupe plak sekali dengan kopi cap lesung. Thanxxxx....hehe



Pagi esoknyer, ayah akma hantar g airport, akma g jugak naik motor, nnt senang nak balik sendiri. Pas kol 9 jer tros check-in, bubye2 akma, pastu tgk sume orang dah beratur nak naik kat gate 4. Ape lagi tros join the crowd. Sampai kl dalam sejam lepas tu. Ramai tul manusia yg berupa pelajar nak g daftar masuk u…hehehe….

Sampai Raub balik dalam pukul 4 ptg. Kalu tak ramai orang mungkin lebih awal sampai, tapi apakan daya den...hehe. Dalam hati rasa lega sebab projek berjalan lancar. Thanx to Akma cassandra and family, of cos my family either yg tolong banyak dalam menjayakan projek ni. Balik u ni bleh wat analisis data plak....hepi oh hepi yoh!!!


deeya_is_me**

model ikatan Kimia.....tuk sapa????

Lepas pada bercuti, kene la kerje balik. Keje ape ek??? Haha...

Sebenarnyer daisy ader projek nak dibuat kat skolah pas cuti ni. Skolah pilihan nun jauh di utara tanah air, Pulau Langkawi. Thanks to Akma cassandra, sudi jadi tuan rumah @ partner. Model2 ikatan kimia baru siap print, mahal tol print kat sini (raub), mana taknyer photostat tu pun dah buatkan daisy terkedu tak terkata......

Siap barang2 laen, worksheets, notebooks, pens, and finally bookmarks...be ready my dearest students, i will see you on Friday....topic for today......chemical bond....easy maaa......

apakah???? melalut...melalut....melalut......


<@> My models currently at langkawi, i will upload a few pictures of my model right after i get the model back.

deeya_is_me**

JalAn-JalAn cAri MakaNan-Terengganu

Salam semua, nampaknyer lama jugakler tak update blog ni. Skrang ni baru tetibe rase nak crite pasal trip pergi terengganu cuti dua minggu lepas. Ayah dah amik cuti semata-mata nak bwk kami jalan, semua aer kecuali my brother yg tgh keje kat Segamat tu. Perjalanan dari Raub ke Kuala Terengganu makan masa dalam 5 ke 6 jam jugak, since my father suke bawak slow and steady and jalan nak g pun bkannyer highway yang sampai 2, 3 lane tu, satu lane jer...heheh.




Sampai jer kuala, my father g bawak tempat kepok losong, (ada kedai tertentu jer yg sedap), pastu disebabkan nbie dah tak sabar ngat nak makan, dalam kete pun bley jadi laaa...pastu kereta terus meluncur ke tempat masjid2 bersaiz kecik (apa nama tak ingat la). Nak masuk kene bayar, so semua pun malas nak masuk, tapi bley plak naek ketapi (yg mcm kat zoo tu) ronda satu pusingan kat tempat tu. Tak mahal, 2 ringgit tuk pegi balik. Nak sehala pun boleh gak, bayar ler singgit jer.


Pas abih ronda kawasan tu, tros g check in hotel (direct tepi jalan pusat bandar), malam makan kat Pizza Hut (sangat mengidam time tu, tak tau ler nape). Esoknyer my father ajak g tgk sunrise kat tepi pantai. Well, sape2 yg duduk kat pantai timur ni kelebihannyer leh tgk sunrise dari tepi laut, kalu kat tmpat lain, mungkin leh nampak sunrise dari kaki bukit jer kot. So, that morning, after subuh tros g siap2 ke tepi pantai (yg penting sume tak mandi haha). Tangkap2 gamabr jap, amik video, matahari keluar dalam pukul 6.55 pagi. Sunrise, mmg cantik, cam sunset gak, tapi mungkin suasana lebih best sbb pagi sejuk sket….hehe.


Pas pada tu, g breakfast kat Chenderiang, makan nasi dagang. Hurmm, kenyang, jalan2 naik kete, sampai hotel. Petang g jalan kat Pasar Payang plak, beli kepok, baju kaftan sket, pastu melencong g mydin beli barang cenderahati tuk projek skolah nnt. Esoknyer dah balik rumah. Lama betol tak jejak kaki kat Kuala Terengganu ni. Kalu tgk gambar lama2 dalam umur 4 tahun ker jalan sana. Pastu tak penah g dah...hehe. Balik jer dari sana, keluar kat buletin tv berapa ntah, ramai pelancong ke Kuala Terengganu sbb nak tgk stadium runtuh...halamak, ade ke pulak... ni yang malu nak ngaku g jalan sana ni. Jap g orang kate daisy ni jakon ke hapa tak penah tgk bangunan runtuh...

deeya_is_me**

Wednesday, June 17, 2009

senior oh seniorkuuu...

Dah lama rasa tak pos kat blog ni. Rasa kesian plak kat blog yang satu ni. Orang lain ader la gak perkembangan terbaru..haha. Duduk kat rumah ni mmg macam tu, ader jer benda lain nak buat selain dari main keyboard laptop ni. Dalam tak update tu, sebenarnyer banyak kejadian yang berlaku dalam beberapa minggu ni. Haritu satu family g jalan kat Kuala Terengganu kecuali abang. Seronok jugak, rasa lama tak jalan satu family. Ader banyak benda best kat sana, tapi tungguuuu....nanti daisy updatekan pasal family trip ni ek.

Beberapa hari lepas, daisy ader cari gambar2 senior waktu sekolah semsas dulu. Tetibe terjumpa satu gambar kawen ni. Setelah diperati, oh!!!!!!! Ini lah kakak dormku dulu. Namanya terpaksa dirahsiakan di sini, tapi daisy akan gelarkan dier dengan gelaran kak K jer...orait.

kak K with other seniors aka semsasians


dengan husbandnyer (jejaka putih)


Kalu nak describe pasal kak K ni mmg banyak. Kak K adalah salah seorang dari 4 orang form 5 dalam dorm masa daisy baru masuk sekolah tu. Waktu tu form 1 lagi. Orangnyer tinggi lampai, kurus, hitam manis, perangai sikit otai, tapi yang penting bijak giler. Kalu ingat balik, dorm kami dulu dipenuhi oleh orang2 yang tak sukakan prefect, maka mereka akan memberontak dengan pelbagai cara.

Antaranya, ’escape subuh’ (tanak g surau, tapi sembahyang dalam bilik), escape roll-call (kecuali time kene duty baca markah kebersihan dorm) dan macam2 escape laa selagi boleh escape. Kawan kak K, kak F (nama dirahsiakan) merangkap ketua dorm H5 pada waktu itu pun bley tahan orangnyer. Kalau pagi tu kene duty chek kebersihan asrama, (ketua drom dan prefect kene chek kebersihan dorm setiap pagi), lagi lamba dier bersiap...hehe.

Yang paling best, waktu Ustaz J umumkan nama pelajar (yang kes serius) dengan kesalahan yang dibuat waktu akhir perhimpunan pagi kat dataran ______ (tak ingat nama dataran tu), semua kakak dormku yang 4 orang tu ader disebut, kesalahan yang mmg takleh lupa ialah escape subuh sebanyak 18 kali...mane tak tergelak sume orang, budak laki pun tak penah sampai centu skali, rekod baru semsas, ustaz kate. Kalau nak diikutkan banyak jer pengaruh buruk boleh diikut, tapi diriku tetap diriku juga...hehehe.

Kenangan manis pun banyak time tu, perbarisan Cosmos yang ala2 James Bond tu mmg takleh dilupakan, dapat nombor satu lagi, setiap kali majlis penyampaian saguhati (baucer koop) tuk pelajar cemerlang peperiksaan bagi setiap form, kakak dormku jugakla antara orangnyer..sebagai adik dorm, mestila tumpang gembire..huhu. Dan antara 3 orang girls yang dapat A1 dalam add-maths SPM 2000 adalah kakak dorm ku juga. Tahniah!!!

deeya_is_me**

Sunday, May 24, 2009

Trilogi Ramlee...

Artikel ini adalah sumbangan Linda Amri, wakil RAMFC dari negeri Sabah. Artikel ini juga boleh dibaca diblognya http://www.myulatbuku.blogspot.com/ . Yes akhirnyer dah abis baca ketiga2 buah buku ni. Memang best dan nyata ada impak kuat!!



Judul 1 : Bagaikan Puteri Judul 2 : Cinta Sang Ratu Judul 3 : Hijab Sang Pencinta Halaman : 578 mukasurat Halaman : 554 mukasurat Halaman : 510 mukasurat ISBN : 983-124-214-9 ISBN : 983-124-278-5 ISBN : 978-983-124-385-5



Trilogi Bagaikan Puteri adalah "buah tangan" Ramlee Awang Murshid yang luar biasa. Tidak dapat dinafikan, karya beliau yang ini telah mengangkat nama beliau ke satu tahap yang jauh lebih baik daripada sebelumnya. Buktinya, Hijab Sang Pencinta yang merupakan pelengkap trilogi ini dan yang dinantikan oleh para peminat Ramlee telah beberapa kali mengungguli carta buku terlaris MPH dan Popular selepas pelancarannya pada tahun lalu.


Trilogi Bagaikan Puteri adalah cerita epik thriller yang mengisahkan dengan begitu menarik sekali perhubungan dan kaitan antara tiga watak utamanya iaitu Haryani, Dani dan Laksamana Sunan @ Saifudin. Haryani dan Dani merupakan dua anak muda masa kini sementara Saifudin pula adalah seorang pemuda zaman kurun ke-15. Saifudin dikisahkan sebagai seorang yang alim dan tinggi ilmu agamanya. Beliau juga mahir dalam seni mempertahankan diri. Beliau yang berasal dari Tanah Melayu merantau ke Aceh dan berguru dengan Wali Sufi. Saifudin merupakan antara anak murid Wali Sufi yang terbaik. Beliau diamanahkan untuk menentang segala kejahatan dan mempertahankan bumi Aceh daripada sebarang serangan atau malapetaka.


Kekuatan trilogi ini adalah pada kebijaksanaan penulis menggunakan teknik merentasi sempadan masa. Tiga watak utama yang datang dari dua kurun yang berbeza ditemukan, membuatkan pembaca akan terus teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya. Berikut, saya catatkan beberapa elemen yang menarik tentang trilogi ini menurut perspektif saya :


1. Debaran awal Trilogi Bagaikan Puteri bermula apabila Hasanal, kenalan papa Haryani menghadiahkan sebuah mushaf lama yang dibelinya daripada seorang rakan. Pada bahagian bawah mushaf tersebut tertulis "Kamu bagaikan puteri... Haryani". Keluarga Haryani agak terperanjat dengan tulisan itu dan bertanyakan kepada Haryani kalau dia ada kaitan dengan mushaf tersebut.


2. Haryani bertemu dengan Saifudin ketika beliau dalam keadaan koma akibat kecederaan ketika terjatuh semasa diragut. Roh Haryani terperangkap dalam kurun ke-15.


3. Dani pula mengalami satu perasaan yang luar biasa kerana jatuh cinta pandang pertama kepada Haryani walau pun pada masa itu Haryani terlantar koma di hospital.


4. Haryani sedar daripada koma ketika sudah dikebumikan. Haryani disahkan mati oleh doktor yang merawat beliau kerana sepanjang tempoh koma, Haryani tidak menunjukkan reaksi positif untuk kembali sedar. Suara tangisan Haryani dari dalam kubur didengari oleh Dani.


5. Dani merupakan keturunan Megat, abang kepada Saifudin. Dani juga memiliki satu kelebihan luar biasa kerana mampu berkomunikasi dengan roh Haryani semasa Haryani koma.


6. Saifudin berkahwin dengan Ratu Sulaman iaitu Ratna yang merupakan anak asuhan Maharani yang jahat dan memusuhi Saifudin. Saifudin berjaya melembutkan hati Ratna lalu mengahwininya kerana Ratna ingin terus mempelajari Islam. Ratna menemui ajal ketika pertempuran antara Saifudin dan Maharani berlaku.


7. Dani merentasi sempadan masa dan berada dalam kurun ke-15. Rohnya terperangkap dalam badan Senggara, raksaksa suruhan Maharani. Dani bertemu dengan Saifudin ketika bertempur dan tewas di tangan Saifudin lantas balik semula ke kurun-21.


8. Saifudin turut merentasi sempadan masa dan berada dalam kurun ke-21 tanpa beliau sedari setelah beliau tertidur di dalam gua berhampiran kampung beliau di Kampung Punggor, Johor kerana bersembunyi daripada orang-orang suruhan Sultan Melaka.


9. Ruqyah Syar'iyah yang dibaca oleh Saifudin untuk membongkar kejahatan ketua ajaran sesat, Ibnu Misad yang berupaya mengghaibkan dirinya daripada pandangan mata kasar adalah ayat-ayat al-Quran yang digunakan dalam perubatan Islam terutama yang melibatkan gangguan makhluk halus.


10. Penulis bijak mengetengahkan nama-nama yang biasa kita dengar sama ada melalui kisah dongeng atau sememangnya benar-benar wujud menjadi watak-watak jahat seperti Beragas, Nyi Burga Kelara, Balan, Ifrit, Manggala dan Ratu Sulaman.


11. Trilogi ini diakhiri dengan detik-detik pernikahan Saifudin dan Haryani yang mendebarkan dan penuh suspen.


Sebagai salah seorang peminat karya Ramlee Awang Murshid, saya merasakan Trilogi Bagaikan Puteri adalah "hadiah" beliau paling istimewa buat para peminatnya. Kebijaksanaan beliau menggunakan teknik merentasi sempadan masa memberikan satu dimensi yang lain kepada pembaca.


Pengakhiran cerita yang di luar jangka sememangnya sudah saya jangkakan kerana Ramlee gemar membuat "pengakhiran" dengan satu "permulaan".


Kepada mereka yang inginkan sesuatu yang luar biasa, thriller, suspen, penuh aksi tetapi Islami, Trilogi Bagaikan Puteri adalah pilihan yang terbaik untuk dibaca.


Saya juga berpendapat trilogi ini wajar diketengahkan ke layar perak sama ada dilakonkan seperti Puteri Gunung Ledang atau menggunakan teknik animasi tiga dimensi (3D) seperti Upin & Ipin.
Syabas buat Ramlee Awang Murshid dan semoga terus berkarya.

deeya_is_me**

weekend..weekend..

Orait..nak story sikit pasal this weekend. After a lot of hard work, akhirnya my brother balik this weekend, so complete sume ader kat rumah hujung minggu ni. Cuaca tak menentu sepanjang minggu, cadang nak keluar dengan ma dan nbie tuk beli barang rumah, last2 after ma balik sekolah jer mesti hujan, haha cancel jer memanjang. Alang2 my brother ader, so keluar gak akhirnyer. Semua barang dah beli, hepi, siap ronda2 jap kat kawasan baru bandar raub, tempat my father punya office yg baru...huhu.

Yang specialnyer, semalam, ma and me buat koktel and masak kek coklat double moist...huhu koktel tu tak berape nak menjadi sebenarnyer, tapi dah direpair balik pastu masuk dalam peti ais, pagi tadi makan, huiii sedap, sejuk, sesuai dengan keadaan yg panas kat raub ni..haha kek tu semalam lagi dah dimakan, harini tinggal beberapa potong jer lagi. Tengah hari tadi, my brother dah balik semula ke segamat, then temankan nbie tgk ghost season2, continue malam ni plak kat 8tv....yuhuu.

Tibe masa kene concentrate preparation tuk projek next month. Hopefully, i'll manage to do everything on time...tapi still risau gak pasal penyakit yg berleluasa kat malaysia sekarang ni.. Latest kat pahang, sekolah mrsm kuantan, students kene selsema..susah woo nak jalan cenni.. hmm, okeys till then...bubye!!

deeya_is_me**

Tuesday, May 19, 2009

ho..ho..holidayzzz!!

Dah seminggu duduk kat rumah. Many things happened. Well, I do wanna tell you everythings..but hey! Cenna nak start ek?? he~.. okeylah we start with kopikopi is my new petto, sbenarnyer sbelum kopi, dah ader empat ekor kucing yang orang buang dekat depan rumah daisy ni….kali pertama, tiga ekor skaligus, sume baru fresh lahir, mata pun tak buka lagi…waktu tu daisy baru darjah empat kot. Warna anak kucing tu sume lain2… hitam, putih and coklat (kopi, creamy, sugar). Disebabkan ader tiga ekor, so daisy, abang and nbie amik sorang sekor tuk jaga..hehe memang seronok nakkan time tu cuti sekolah. Tibe2, time cuti tu family nak balik kampung, so ayah pun bagi la kucing tu kat kawan dier sruh jagakan..and that’s the end of part one.

So, part two plak, ader kucing fully putih, ekor kontot datang rumah..yg ni pun orang buang. Waktu tu, daisy dah sekolah kat kuantan. Balik skali-skala (faham2 jela duk asrama ni) tibe2 jer rasa kucing tu dah besar…cepat jer. My brother panggil kucing tu kocing…he~ bile sebut jer kocing, mesti dier balas dengan meowW…manja gak dier ni, suke maen geser2 kat kaki, especially time tolong ma angkat kain kat blakang rumah….and then, ntah bile tibe2 dier hilangkan diri..tak tahulah sbb time tu daisy ader kat sekolah….huhu..

Sekarang ni tibe2 ade kopi plak… knape kopi??..sbb kaler dier hitam…kopi, manja gak, suke maen geser2 kat kaki orang, aritu, daisy ngan nbie g mandikan dier, sabun habis2 bagi wangi…bagus tul si kopi, tak takut air, diam jer…he~…kalau nak kuar blakang rumah, kene pasang lampu, kalau tak mesti terpijak si kopi…dier tidur dalam baldi, kat luar rumah, my father tak bagi dier masuk rumah, nanti kotor..so, nak maen dengan dier mesti kat luar..haha

Habis pasal kopi, semalam daisy dengan nbie buat home made cookies, sedap, rangup, resepi sendirian berhad…hehe. Beselah orang cuti…ma pun tak kisah kalau kitorang nak masak ape, kek ker, biskut ker..beress. Lagi satu, daisy dah abis baca satu novel tuk cuti ni, two more to go…yang ni slow2 la…cuti panjang lagi. Tv pun banyak yg best, Ghost season2 tak miss, nbie pun dah ader fully copies tuk Prison Break season4…hahaha.. kalau huda tau ni mesti dier nak jugak kan…he~..hmm Cuma satu jela, bile duk kat rumah ni, life kurang bz, mula la memikirkan psl something yg mmg tanak difikirkan.. its hard to remember but I donno how to forget either…alamak, termix dengan personal plak..tingtOng…;P..okeysla, that’s all for now..tadaa~

deeya_is_me**

Monday, May 11, 2009

Pensyarahku....aha!

Sebenarnyer waktu taip blog ni..baru jer abis bentang proposal...agak lega ek...haha. Dalam pada duk bentang tu bley plak En.S terperasan ader typing error kat soklan pretest tu...aduii!!!! Nak wat cenna, nama pun typing error, kalau bukan typing error, takkan typing 'sengaja' error kot..wut?? well, nak bakor gak la...tadi dah abih sesi bentang yg kedua, dysensei and the rakan baeks, ain g la tunggu akma...dekat kawasan tgh ts tu..jumpa ngan jamil jap berbincang tentang kemantapan soklan yang dikemukakan oleh En.S tu..haha bley plak!! pastu tetibe datang Dr.M dengan gaya yg agak kelam-kabut skit, tanya kitorang dah makan ker belum.....

"belum lagi Dr...kitorang tunggu kawan jap dari kuliah sebelah"
....

gitu ler jawapannyer...pastu dier and jamil pun beredar dari situ.. tetibe datang balik kat dysensei and ain...

"eh, kamu ni tanak makan ker??"...
"tak la Dr..sbenarnyer tak lalu nak makan, japg nak present"
......
"oooo....besela tu, kite kan selalu tak lalu bile berdebar2... selalu nak makan benda sikit2 jer kan.."


beliau berkata (agak memahami ek)...pastu Dr. tanya ke arah dysensei..

"kamu ni cikgu ke dulu??"

..hoh!! apakah??//.....

"eh, takdelah Dr..saya ni blaja tak penah keje lagi''
..(sambil tergelak)...
"yeker??..tapi tgk kamu ni macam dah penah mengajar, muka ada pengalaman"
...

WOW...agak terharu ek dgn statement itu...pastu beliau menambah lagi...

"macam sorang lagi pembentang tadi ek....saya tgk mcm dah ader pengalaman...errr..saya tak ingat nama dier.."


pastu dysensei pun meneka...

"errrr Dr....dier pakai baju hijau ker??"
.....
"HAAAA....yelah, sapa ntah nama dier saya tak ingat plak..s..SH...Sy.."
....
"syuhada Dr.".
...(sambil gelak buat kali kedua)...haha......

sebelum berlalu pergi, beliau sempat berpusing sekali lagi kearah kami sambil menanyakan sesuatu..

"eh, macam mana spect saya, ok tak? padan tak?"
...

kalau semua nak tahu, arini mmg perasan seuatu yg lain dari penampilan Dr.M ni. Dier pakai spect baru, ala2 retro skit, bingkai biru gelap, kalau jalan kat luar, cermin dier jadi coklat kehitaman, kalau dalam bilik kuliah, cermin akan menjadi transparent....

"hmmm...spect baru ker Dr...unik, sesuai ngan Dr."


(hanya itu yg dapat kugambarkan memandangkan taste dysensei ni agak moden dan berbeza dengan apa yg Dr. pakai)....

"yeker??...sesuai ek...saje jer saya nak try spect ni...nanti jalan2 tak silau dah"


kata beliau sambil berlalu pergi dengan perasaan riang...hehe..tu la pensyarah kesayangan ramai...mmg baeks sekali..peramah tak kira dengan sape2 pun beliau bley buat kawan.

deeya_is_me**

Friday, May 8, 2009

BBQ punya gambar...mari3x!!!

harini nak publish picture bbQ aritu...well, sape2 yg terlupa nak baca entri pasal bbQ ni bley jenguk kat (sini) ek....mmg best sangat..kaw2x punya!! so, lets check it out!!!


ayam begitu menggoda ek..hu~

lets makan!!!

sume hepi ek sblm makan!!

expressi...kwang3x

rumah ker ni????

peace akma....up lagi!!

perbincangan hal ehwal ayam....

rileks arr najmi....x meletup punya!!

pelancaran tapak letupan kuari....PEACE!

belon yg cumel...!

deeya_is_me**

Tips nak bagi anak-anak tak boring semasa pkp =)

Assalam semua. So pkp 3.0 ni Guy hantar kereta wira dia ke bengkel. Ade lagi satu kereta weoll memang park luar pagar rumah. Kenapa????  Seb...