Wednesday, June 17, 2009

senior oh seniorkuuu...

Dah lama rasa tak pos kat blog ni. Rasa kesian plak kat blog yang satu ni. Orang lain ader la gak perkembangan terbaru..haha. Duduk kat rumah ni mmg macam tu, ader jer benda lain nak buat selain dari main keyboard laptop ni. Dalam tak update tu, sebenarnyer banyak kejadian yang berlaku dalam beberapa minggu ni. Haritu satu family g jalan kat Kuala Terengganu kecuali abang. Seronok jugak, rasa lama tak jalan satu family. Ader banyak benda best kat sana, tapi tungguuuu....nanti daisy updatekan pasal family trip ni ek.

Beberapa hari lepas, daisy ader cari gambar2 senior waktu sekolah semsas dulu. Tetibe terjumpa satu gambar kawen ni. Setelah diperati, oh!!!!!!! Ini lah kakak dormku dulu. Namanya terpaksa dirahsiakan di sini, tapi daisy akan gelarkan dier dengan gelaran kak K jer...orait.

kak K with other seniors aka semsasians


dengan husbandnyer (jejaka putih)


Kalu nak describe pasal kak K ni mmg banyak. Kak K adalah salah seorang dari 4 orang form 5 dalam dorm masa daisy baru masuk sekolah tu. Waktu tu form 1 lagi. Orangnyer tinggi lampai, kurus, hitam manis, perangai sikit otai, tapi yang penting bijak giler. Kalu ingat balik, dorm kami dulu dipenuhi oleh orang2 yang tak sukakan prefect, maka mereka akan memberontak dengan pelbagai cara.

Antaranya, ’escape subuh’ (tanak g surau, tapi sembahyang dalam bilik), escape roll-call (kecuali time kene duty baca markah kebersihan dorm) dan macam2 escape laa selagi boleh escape. Kawan kak K, kak F (nama dirahsiakan) merangkap ketua dorm H5 pada waktu itu pun bley tahan orangnyer. Kalau pagi tu kene duty chek kebersihan asrama, (ketua drom dan prefect kene chek kebersihan dorm setiap pagi), lagi lamba dier bersiap...hehe.

Yang paling best, waktu Ustaz J umumkan nama pelajar (yang kes serius) dengan kesalahan yang dibuat waktu akhir perhimpunan pagi kat dataran ______ (tak ingat nama dataran tu), semua kakak dormku yang 4 orang tu ader disebut, kesalahan yang mmg takleh lupa ialah escape subuh sebanyak 18 kali...mane tak tergelak sume orang, budak laki pun tak penah sampai centu skali, rekod baru semsas, ustaz kate. Kalau nak diikutkan banyak jer pengaruh buruk boleh diikut, tapi diriku tetap diriku juga...hehehe.

Kenangan manis pun banyak time tu, perbarisan Cosmos yang ala2 James Bond tu mmg takleh dilupakan, dapat nombor satu lagi, setiap kali majlis penyampaian saguhati (baucer koop) tuk pelajar cemerlang peperiksaan bagi setiap form, kakak dormku jugakla antara orangnyer..sebagai adik dorm, mestila tumpang gembire..huhu. Dan antara 3 orang girls yang dapat A1 dalam add-maths SPM 2000 adalah kakak dorm ku juga. Tahniah!!!

deeya_is_me**

3 comments:

  1. Wah mcm x caya jeh, kahwin dah kak K tu(lupe dah name penuh die,huhu)..eh bukan ke kak K tu kakak si ceroi? huhu..ke kak F ek? lupe dah aku haih~ Alhamdulillah semoga kekal..=)

    Btw, windu kat semsas la bile bace entry psl sekolah ni.hhuhu..aku juge ingat kisah 18 kali tu..hehe

    Lupe gak nama dataran tu..nganganga~

    ReplyDelete
  2. haha Z, kakak ceroi tu kak F...kak Z tu ader gak adik angkat form kite, tapi aq lupe la sape...budak kelas 1 Tabah...hehe

    nape akma, terpesona dengan nama ustaz tu ek..heheheh

    ReplyDelete

dah usha, meh ler komen(^0^)..

Tips nak bagi anak-anak tak boring semasa pkp =)

Assalam semua. So pkp 3.0 ni Guy hantar kereta wira dia ke bengkel. Ade lagi satu kereta weoll memang park luar pagar rumah. Kenapa????  Seb...