Sunday, May 24, 2009

Trilogi Ramlee...

Artikel ini adalah sumbangan Linda Amri, wakil RAMFC dari negeri Sabah. Artikel ini juga boleh dibaca diblognya http://www.myulatbuku.blogspot.com/ . Yes akhirnyer dah abis baca ketiga2 buah buku ni. Memang best dan nyata ada impak kuat!!



Judul 1 : Bagaikan Puteri Judul 2 : Cinta Sang Ratu Judul 3 : Hijab Sang Pencinta Halaman : 578 mukasurat Halaman : 554 mukasurat Halaman : 510 mukasurat ISBN : 983-124-214-9 ISBN : 983-124-278-5 ISBN : 978-983-124-385-5



Trilogi Bagaikan Puteri adalah "buah tangan" Ramlee Awang Murshid yang luar biasa. Tidak dapat dinafikan, karya beliau yang ini telah mengangkat nama beliau ke satu tahap yang jauh lebih baik daripada sebelumnya. Buktinya, Hijab Sang Pencinta yang merupakan pelengkap trilogi ini dan yang dinantikan oleh para peminat Ramlee telah beberapa kali mengungguli carta buku terlaris MPH dan Popular selepas pelancarannya pada tahun lalu.


Trilogi Bagaikan Puteri adalah cerita epik thriller yang mengisahkan dengan begitu menarik sekali perhubungan dan kaitan antara tiga watak utamanya iaitu Haryani, Dani dan Laksamana Sunan @ Saifudin. Haryani dan Dani merupakan dua anak muda masa kini sementara Saifudin pula adalah seorang pemuda zaman kurun ke-15. Saifudin dikisahkan sebagai seorang yang alim dan tinggi ilmu agamanya. Beliau juga mahir dalam seni mempertahankan diri. Beliau yang berasal dari Tanah Melayu merantau ke Aceh dan berguru dengan Wali Sufi. Saifudin merupakan antara anak murid Wali Sufi yang terbaik. Beliau diamanahkan untuk menentang segala kejahatan dan mempertahankan bumi Aceh daripada sebarang serangan atau malapetaka.


Kekuatan trilogi ini adalah pada kebijaksanaan penulis menggunakan teknik merentasi sempadan masa. Tiga watak utama yang datang dari dua kurun yang berbeza ditemukan, membuatkan pembaca akan terus teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya. Berikut, saya catatkan beberapa elemen yang menarik tentang trilogi ini menurut perspektif saya :


1. Debaran awal Trilogi Bagaikan Puteri bermula apabila Hasanal, kenalan papa Haryani menghadiahkan sebuah mushaf lama yang dibelinya daripada seorang rakan. Pada bahagian bawah mushaf tersebut tertulis "Kamu bagaikan puteri... Haryani". Keluarga Haryani agak terperanjat dengan tulisan itu dan bertanyakan kepada Haryani kalau dia ada kaitan dengan mushaf tersebut.


2. Haryani bertemu dengan Saifudin ketika beliau dalam keadaan koma akibat kecederaan ketika terjatuh semasa diragut. Roh Haryani terperangkap dalam kurun ke-15.


3. Dani pula mengalami satu perasaan yang luar biasa kerana jatuh cinta pandang pertama kepada Haryani walau pun pada masa itu Haryani terlantar koma di hospital.


4. Haryani sedar daripada koma ketika sudah dikebumikan. Haryani disahkan mati oleh doktor yang merawat beliau kerana sepanjang tempoh koma, Haryani tidak menunjukkan reaksi positif untuk kembali sedar. Suara tangisan Haryani dari dalam kubur didengari oleh Dani.


5. Dani merupakan keturunan Megat, abang kepada Saifudin. Dani juga memiliki satu kelebihan luar biasa kerana mampu berkomunikasi dengan roh Haryani semasa Haryani koma.


6. Saifudin berkahwin dengan Ratu Sulaman iaitu Ratna yang merupakan anak asuhan Maharani yang jahat dan memusuhi Saifudin. Saifudin berjaya melembutkan hati Ratna lalu mengahwininya kerana Ratna ingin terus mempelajari Islam. Ratna menemui ajal ketika pertempuran antara Saifudin dan Maharani berlaku.


7. Dani merentasi sempadan masa dan berada dalam kurun ke-15. Rohnya terperangkap dalam badan Senggara, raksaksa suruhan Maharani. Dani bertemu dengan Saifudin ketika bertempur dan tewas di tangan Saifudin lantas balik semula ke kurun-21.


8. Saifudin turut merentasi sempadan masa dan berada dalam kurun ke-21 tanpa beliau sedari setelah beliau tertidur di dalam gua berhampiran kampung beliau di Kampung Punggor, Johor kerana bersembunyi daripada orang-orang suruhan Sultan Melaka.


9. Ruqyah Syar'iyah yang dibaca oleh Saifudin untuk membongkar kejahatan ketua ajaran sesat, Ibnu Misad yang berupaya mengghaibkan dirinya daripada pandangan mata kasar adalah ayat-ayat al-Quran yang digunakan dalam perubatan Islam terutama yang melibatkan gangguan makhluk halus.


10. Penulis bijak mengetengahkan nama-nama yang biasa kita dengar sama ada melalui kisah dongeng atau sememangnya benar-benar wujud menjadi watak-watak jahat seperti Beragas, Nyi Burga Kelara, Balan, Ifrit, Manggala dan Ratu Sulaman.


11. Trilogi ini diakhiri dengan detik-detik pernikahan Saifudin dan Haryani yang mendebarkan dan penuh suspen.


Sebagai salah seorang peminat karya Ramlee Awang Murshid, saya merasakan Trilogi Bagaikan Puteri adalah "hadiah" beliau paling istimewa buat para peminatnya. Kebijaksanaan beliau menggunakan teknik merentasi sempadan masa memberikan satu dimensi yang lain kepada pembaca.


Pengakhiran cerita yang di luar jangka sememangnya sudah saya jangkakan kerana Ramlee gemar membuat "pengakhiran" dengan satu "permulaan".


Kepada mereka yang inginkan sesuatu yang luar biasa, thriller, suspen, penuh aksi tetapi Islami, Trilogi Bagaikan Puteri adalah pilihan yang terbaik untuk dibaca.


Saya juga berpendapat trilogi ini wajar diketengahkan ke layar perak sama ada dilakonkan seperti Puteri Gunung Ledang atau menggunakan teknik animasi tiga dimensi (3D) seperti Upin & Ipin.
Syabas buat Ramlee Awang Murshid dan semoga terus berkarya.

deeya_is_me**

weekend..weekend..

Orait..nak story sikit pasal this weekend. After a lot of hard work, akhirnya my brother balik this weekend, so complete sume ader kat rumah hujung minggu ni. Cuaca tak menentu sepanjang minggu, cadang nak keluar dengan ma dan nbie tuk beli barang rumah, last2 after ma balik sekolah jer mesti hujan, haha cancel jer memanjang. Alang2 my brother ader, so keluar gak akhirnyer. Semua barang dah beli, hepi, siap ronda2 jap kat kawasan baru bandar raub, tempat my father punya office yg baru...huhu.

Yang specialnyer, semalam, ma and me buat koktel and masak kek coklat double moist...huhu koktel tu tak berape nak menjadi sebenarnyer, tapi dah direpair balik pastu masuk dalam peti ais, pagi tadi makan, huiii sedap, sejuk, sesuai dengan keadaan yg panas kat raub ni..haha kek tu semalam lagi dah dimakan, harini tinggal beberapa potong jer lagi. Tengah hari tadi, my brother dah balik semula ke segamat, then temankan nbie tgk ghost season2, continue malam ni plak kat 8tv....yuhuu.

Tibe masa kene concentrate preparation tuk projek next month. Hopefully, i'll manage to do everything on time...tapi still risau gak pasal penyakit yg berleluasa kat malaysia sekarang ni.. Latest kat pahang, sekolah mrsm kuantan, students kene selsema..susah woo nak jalan cenni.. hmm, okeys till then...bubye!!

deeya_is_me**

Tuesday, May 19, 2009

ho..ho..holidayzzz!!

Dah seminggu duduk kat rumah. Many things happened. Well, I do wanna tell you everythings..but hey! Cenna nak start ek?? he~.. okeylah we start with kopikopi is my new petto, sbenarnyer sbelum kopi, dah ader empat ekor kucing yang orang buang dekat depan rumah daisy ni….kali pertama, tiga ekor skaligus, sume baru fresh lahir, mata pun tak buka lagi…waktu tu daisy baru darjah empat kot. Warna anak kucing tu sume lain2… hitam, putih and coklat (kopi, creamy, sugar). Disebabkan ader tiga ekor, so daisy, abang and nbie amik sorang sekor tuk jaga..hehe memang seronok nakkan time tu cuti sekolah. Tibe2, time cuti tu family nak balik kampung, so ayah pun bagi la kucing tu kat kawan dier sruh jagakan..and that’s the end of part one.

So, part two plak, ader kucing fully putih, ekor kontot datang rumah..yg ni pun orang buang. Waktu tu, daisy dah sekolah kat kuantan. Balik skali-skala (faham2 jela duk asrama ni) tibe2 jer rasa kucing tu dah besar…cepat jer. My brother panggil kucing tu kocing…he~ bile sebut jer kocing, mesti dier balas dengan meowW…manja gak dier ni, suke maen geser2 kat kaki, especially time tolong ma angkat kain kat blakang rumah….and then, ntah bile tibe2 dier hilangkan diri..tak tahulah sbb time tu daisy ader kat sekolah….huhu..

Sekarang ni tibe2 ade kopi plak… knape kopi??..sbb kaler dier hitam…kopi, manja gak, suke maen geser2 kat kaki orang, aritu, daisy ngan nbie g mandikan dier, sabun habis2 bagi wangi…bagus tul si kopi, tak takut air, diam jer…he~…kalau nak kuar blakang rumah, kene pasang lampu, kalau tak mesti terpijak si kopi…dier tidur dalam baldi, kat luar rumah, my father tak bagi dier masuk rumah, nanti kotor..so, nak maen dengan dier mesti kat luar..haha

Habis pasal kopi, semalam daisy dengan nbie buat home made cookies, sedap, rangup, resepi sendirian berhad…hehe. Beselah orang cuti…ma pun tak kisah kalau kitorang nak masak ape, kek ker, biskut ker..beress. Lagi satu, daisy dah abis baca satu novel tuk cuti ni, two more to go…yang ni slow2 la…cuti panjang lagi. Tv pun banyak yg best, Ghost season2 tak miss, nbie pun dah ader fully copies tuk Prison Break season4…hahaha.. kalau huda tau ni mesti dier nak jugak kan…he~..hmm Cuma satu jela, bile duk kat rumah ni, life kurang bz, mula la memikirkan psl something yg mmg tanak difikirkan.. its hard to remember but I donno how to forget either…alamak, termix dengan personal plak..tingtOng…;P..okeysla, that’s all for now..tadaa~

deeya_is_me**

Monday, May 11, 2009

Pensyarahku....aha!

Sebenarnyer waktu taip blog ni..baru jer abis bentang proposal...agak lega ek...haha. Dalam pada duk bentang tu bley plak En.S terperasan ader typing error kat soklan pretest tu...aduii!!!! Nak wat cenna, nama pun typing error, kalau bukan typing error, takkan typing 'sengaja' error kot..wut?? well, nak bakor gak la...tadi dah abih sesi bentang yg kedua, dysensei and the rakan baeks, ain g la tunggu akma...dekat kawasan tgh ts tu..jumpa ngan jamil jap berbincang tentang kemantapan soklan yang dikemukakan oleh En.S tu..haha bley plak!! pastu tetibe datang Dr.M dengan gaya yg agak kelam-kabut skit, tanya kitorang dah makan ker belum.....

"belum lagi Dr...kitorang tunggu kawan jap dari kuliah sebelah"
....

gitu ler jawapannyer...pastu dier and jamil pun beredar dari situ.. tetibe datang balik kat dysensei and ain...

"eh, kamu ni tanak makan ker??"...
"tak la Dr..sbenarnyer tak lalu nak makan, japg nak present"
......
"oooo....besela tu, kite kan selalu tak lalu bile berdebar2... selalu nak makan benda sikit2 jer kan.."


beliau berkata (agak memahami ek)...pastu Dr. tanya ke arah dysensei..

"kamu ni cikgu ke dulu??"

..hoh!! apakah??//.....

"eh, takdelah Dr..saya ni blaja tak penah keje lagi''
..(sambil tergelak)...
"yeker??..tapi tgk kamu ni macam dah penah mengajar, muka ada pengalaman"
...

WOW...agak terharu ek dgn statement itu...pastu beliau menambah lagi...

"macam sorang lagi pembentang tadi ek....saya tgk mcm dah ader pengalaman...errr..saya tak ingat nama dier.."


pastu dysensei pun meneka...

"errrr Dr....dier pakai baju hijau ker??"
.....
"HAAAA....yelah, sapa ntah nama dier saya tak ingat plak..s..SH...Sy.."
....
"syuhada Dr.".
...(sambil gelak buat kali kedua)...haha......

sebelum berlalu pergi, beliau sempat berpusing sekali lagi kearah kami sambil menanyakan sesuatu..

"eh, macam mana spect saya, ok tak? padan tak?"
...

kalau semua nak tahu, arini mmg perasan seuatu yg lain dari penampilan Dr.M ni. Dier pakai spect baru, ala2 retro skit, bingkai biru gelap, kalau jalan kat luar, cermin dier jadi coklat kehitaman, kalau dalam bilik kuliah, cermin akan menjadi transparent....

"hmmm...spect baru ker Dr...unik, sesuai ngan Dr."


(hanya itu yg dapat kugambarkan memandangkan taste dysensei ni agak moden dan berbeza dengan apa yg Dr. pakai)....

"yeker??...sesuai ek...saje jer saya nak try spect ni...nanti jalan2 tak silau dah"


kata beliau sambil berlalu pergi dengan perasaan riang...hehe..tu la pensyarah kesayangan ramai...mmg baeks sekali..peramah tak kira dengan sape2 pun beliau bley buat kawan.

deeya_is_me**

Friday, May 8, 2009

BBQ punya gambar...mari3x!!!

harini nak publish picture bbQ aritu...well, sape2 yg terlupa nak baca entri pasal bbQ ni bley jenguk kat (sini) ek....mmg best sangat..kaw2x punya!! so, lets check it out!!!


ayam begitu menggoda ek..hu~

lets makan!!!

sume hepi ek sblm makan!!

expressi...kwang3x

rumah ker ni????

peace akma....up lagi!!

perbincangan hal ehwal ayam....

rileks arr najmi....x meletup punya!!

pelancaran tapak letupan kuari....PEACE!

belon yg cumel...!

deeya_is_me**

surat CINTA utk nbie yG suker Megi..

hye Cik nbie yg cun ala2 ciyu (cinaMelayu)...hoho..Daisy dah bace surat cinta tu..mmg marvelousss bak nak terkehel leher mmbacenyer..huh!!can't wait to see the new petto..( i thought abg's future W***...>>>>rahsia2)...huhuuh so, kopi makan ape..nasi ker, wiskes ker...wut!! tulang ikan jer kot..pepun, g la basuh buntut kopi tuuuu....nak tunggu daisy blk mau dah kerass...euww..heh!!

now, i'm busy with da proposal...really annoying!!..haha wat to do?.... can't wait to go home....share katil pun lantak jer...mcm x bese plak...hehe..i got three books to read this semester break..you dont like it..really..balik nnt baru tau..malas nak story kat sini...hehe..

okes nbie...see you soon...bucuk!!!


ni gambor sapooooo laaa ekkk????(-_^)

deeya_is_me**

Tuesday, May 5, 2009

uii...mmg penat!!

Semalam, Isnin 4/5/2009 hari last final exam tuk sem ni...yabedabedu!!! akhirnya dah abih exam, lega den..

So pas exam ni ade 2 event yg menanti, BBQ 5hb5 dengan bentang proposal 11hb5...
then, later i can go home (Raub)..sehari selepas exam punya cerita, dysensei ngan sume hosmate mula proses mengemas rumah..berus lantai, toilet, depan rumah dan mcm2 lagi la..hehe ramai gak dijangka datang, so kenelah susun2 sket brg kat rmh tu bagi clear skit. Malam tu farah, diana, dengan shila stay kt rumah sbb esoknyer nak tlg basuh ayam..pagi yg dinantikan tu, ijah, eda, syud pun datang skali. Masing2 pandai ek bawak pisau sendiri..nak harapkan pisau yg ader kt rumah tu, taktau ler bile nak abis..hehe

Petang start masak, goreng2 apa yg patut, ayam yg diperap pun mula bakar, air.. everything under control...sampai la tetibe berlaku kejadian letupan di tempat bakar ayam..uish..dalam hati mmg berdebar gak ler..tapi apa bley buat, dah meletup pun.
tapi semuanyer dah okey, dah setel sume...he~

BBQ start malam dalam pukul 9...nak tunggu tu bley tahan beberapa kali menguap..mungkin dah letih sangat kot dah dua hari bertungkus-lumus wat keje..hu~
sonot makan2 ramai2, siap dapat cenderahati comel lagi..mmg best..hehe dah tu, abih jer BBQ, kemas2 ape yg patut, gosip2 sket, tgk2 gambar BBQ..hehe pastu tidor..zZzZ!!

deeya_is_me**

Sunday, May 3, 2009

aq diTAGGED oleh akma Cassandra!!!!!

ape la akma Cassandra ni tagged dysensei sesuka hati..tapi takpe, demi sahabat baeksku ini terpaksala jawab soklan2 di bawah dengan senang hati..lalala~

Apakah tindakan anda bila terdengar bunyi kilat atau petir?
mata akan tertutup dengan spontan sambil jerit kecik dalam hati.....hehe

Reaksi anda bila orang mengutuk anda?
buat2 tersenyum jer...padahal dalam hati ni bley tahan gak ler marahnyer...haha (sapa penah nampak dysensei marah?)

Reaksi anda bila terjumpa artis kegemaran anda?
buat cam bese jer kot...tapi gumbire tak terkata...hee~

Maxis or celcom? Which one do you prefer?
mestiler celcom upax...(kelebihan student u)

Nyatakan 3 bad habit anda.
Hmm...buat keje lambat..pakai sandal putus...suka makan megi...nyum3x..

Apa yang anda lakukan jika orang lain sibuk akan hal anda?
arr....malas nak layan org tu...sunnguh bz body...haha (mcm cik kiah)

Adakah anda mempunyai ramai peminat?
entah ler.....kang kate prasan plak..;P

Honestly, what do you like about yourself?
good listener, good friend, good students, good sister, good daughter...
good teacher...perhaps(-_^)hehe

What is your height and weight?
Height: 165cm, weight: 60kg....perlu diet lagi tak??huhu

Apa reaksi anda apabila anda terkentut dengan kuat/busuk di khalayak ramai?
mestilar wat2 seperti xde pape yg berlaku....haha giler aper nak ngaku...hehe

deeya_is_me**

Tips nak bagi anak-anak tak boring semasa pkp =)

Assalam semua. So pkp 3.0 ni Guy hantar kereta wira dia ke bengkel. Ade lagi satu kereta weoll memang park luar pagar rumah. Kenapa????  Seb...