Beberapa hari lepas, daisy ader cari gambar2 senior waktu sekolah semsas dulu. Tetibe terjumpa satu gambar kawen ni. Setelah diperati, oh!!!!!!! Ini lah kakak dormku dulu. Namanya terpaksa dirahsiakan di sini, tapi daisy akan gelarkan dier dengan gelaran kak K jer...orait.
dengan husbandnyer (jejaka putih)
Kalu nak describe pasal kak K ni mmg banyak. Kak K adalah salah seorang dari 4 orang form 5 dalam dorm masa daisy baru masuk sekolah tu. Waktu tu form 1 lagi. Orangnyer tinggi lampai, kurus, hitam manis, perangai sikit otai, tapi yang penting bijak giler. Kalu ingat balik, dorm kami dulu dipenuhi oleh orang2 yang tak sukakan prefect, maka mereka akan memberontak dengan pelbagai cara.
Antaranya, ’escape subuh’ (tanak g surau, tapi sembahyang dalam bilik), escape roll-call (kecuali time kene duty baca markah kebersihan dorm) dan macam2 escape laa selagi boleh escape. Kawan kak K, kak F (nama dirahsiakan) merangkap ketua dorm H5 pada waktu itu pun bley tahan orangnyer. Kalau pagi tu kene duty chek kebersihan asrama, (ketua drom dan prefect kene chek kebersihan dorm setiap pagi), lagi lamba dier bersiap...hehe.
Yang paling best, waktu Ustaz J umumkan nama pelajar (yang kes serius) dengan kesalahan yang dibuat waktu akhir perhimpunan pagi kat dataran ______ (tak ingat nama dataran tu), semua kakak dormku yang 4 orang tu ader disebut, kesalahan yang mmg takleh lupa ialah escape subuh sebanyak 18 kali...mane tak tergelak sume orang, budak laki pun tak penah sampai centu skali, rekod baru semsas, ustaz kate. Kalau nak diikutkan banyak jer pengaruh buruk boleh diikut, tapi diriku tetap diriku juga...hehehe.
Kenangan manis pun banyak time tu, perbarisan Cosmos yang ala2 James Bond tu mmg takleh dilupakan, dapat nombor satu lagi, setiap kali majlis penyampaian saguhati (baucer koop) tuk pelajar cemerlang peperiksaan bagi setiap form, kakak dormku jugakla antara orangnyer..sebagai adik dorm, mestila tumpang gembire..huhu. Dan antara 3 orang girls yang dapat A1 dalam add-maths SPM 2000 adalah kakak dorm ku juga. Tahniah!!!
deeya_is_me**