Friday, June 4, 2021

Tips nak bagi anak-anak tak boring semasa pkp =)

Assalam semua. So pkp 3.0 ni Guy hantar kereta wira dia ke bengkel. Ade lagi satu kereta weoll memang park luar pagar rumah. Kenapa???? 


Sebab nak gunakan space yang ada semaksimum yang mungkin untuk elakkan anak-anak keboringan sepanjang pkp ni.










So ini adalah projek anak-anak bila diorang dah boring sangat terperap dalam rumah, maka diorang pakai kasut buat aktiviti kat kawasan porch tu. Elok jugak ayah dia awal-awal masuk rumah ni memang pasang kipas kat luar. Selesa sangat.








Okey, summary...

1. Parking kereta kat luar.
2. Bersihkan lantai.
3. Boleh guna porch ikut suka hati masing-masing....


Anak-anakku dan bawak keluar semua basikal, kereta mini....tinggal pool je lagi xbuka...sebab mama dia maybe malas lagi nak urus basah-basah ni...one day ye anak-anak...tungguuuuu!!!



deeya_is_me**

Wednesday, June 2, 2021

Pkp 3.0 with kiddos...

Assalam semua. Ya ini adalah pkp bersama kiddo...means daisy extra bizi la sbb nak fokuskan pada banyak perkara. 



Alhamdulillah, pdpr takde buat masa ni, so daisy lebih fokus pada pdpr anak-anak. Sebelum cuti pkp hari tu teacher dia ada bagi play-kit untuk buat aktiviti dekat rumah. Jadi setiap hari daisy akan tunggu info dari teacher apa program hari tersebut, then baru kita buat dengan anak-anak. Kiddo mmg suke la kalau kita bagi perhatian kan. So lepas siap aktiviti, ambil gambar bagi dekat teacher. Tapi sebenarnya memang seronok kadang-kadang ajar budak kecil2 ni. Yela sebab sebelum ni memang ajar budak besar-besar je kan. hihihii



Jadi apa yang bizi sangat tu?? x adala apa sangat, cuma daisy lebih suka offkan gajet-gajet bila bersama kiddo. Laptop ke handset ke....fokus anak-anak...chewahhh😁😁😁 






Guy?.....ya dia pun WFH setakat ini. Kalau ada panggilan baru pergi kerja😆


deeya_is_me**

Sunday, May 23, 2021

Pkp lagi!

Assalam semua..ok kalau korang nak tahu sebenarnya daisy tak berapa bizi sangat sekarang sebabkan PKP ni memang bekerja dari rumah je. Anak-anak semua dah pergi playschool, Guy pergi kerja, so daisy duduk sesorang kat rumah. 



Jadi, pagi-pagi lepas hantar anak-anak g playschool, daisy balik rumah terus sibukkan dengan PDPr, online , offline class. Lepas habis kelas, baru la masak-masak ke, kemas rumah, basuh kain dan sebagainya.



Kalau dulu memang jeles tengok kawan-kawan yang jadi suri rumah, rumah maintain kemas, baju maintain berlipat...Allah kalau time kerja memang tak sempat la nak hadap semua tu. Memang hujung minggu la jawabnya...hahaha bayangkan kain bertimbun.





Asbab pkp ni, dapat la luangkan masa untuk diri sendiri sikit. Dan rumah pun takde la macam tokang pecah...hahah😁



Dalam kesenangan kita, ada jugakla yang kesusahan pada mereka yang berkerja sendiri. Yela time pkp ni memang banyak kekangan untuk berniaga seperti biasa, pelanggan pun berkurang dari kebiasaan, jadi memang akan effect pendapatan. 



Guy pun sama alternate time kerja. So dalam seminggu dia kena datang 3 hari, lagi 2 hari work from home. kadang tu sampai berebut laptop nak pakai😂 lagi-lagi kalau emergency urgent tu kan. haha



Korang macam mana...ok tak melalui hari-hari pkp ni..daisy harap korang semua ok. 


Apa-apa pun, moga covid19 ni cepat-cepat terhapus di dunia ni. Boleh la kita kembalikan kehidupan seperti dulu kala. Amin.



deeya_is_me**

Thursday, May 20, 2021

Flashback - we love u sweet heart

Hi alls....kenapa flashback..sbb dah lama tinggal blog ni...so arini nak cerita la sikit apa story yg dah berlaku back then..5 years kot...so this is vol 1😊

.
.
.

So the story goes like this. Lepas nikah, kahwin dengan Guy, alhamdulillah, tak lama lepas tu Daisy pregnant. Sepanjang pregnant tu adalah sikit2 problem, tapi x serius, baby dalam kandungan semua ok. I mean, time checkup semua kira ok la xde masalah. Daisy dengan Guy mmg happy la counting days nak tunggu delivery. 
.
.
TAPI... Allah nak duga kami
.
.
Hari yang dinantikan pun tiba, so Daisy menunggu masa melayan contraction. Lepas beberapa ketika, Daisy dah dibawa ke Labour Room. Waktu tu mmg syukur sangat sbb Guy dapat temankan kat dalam. Agak2 time solat asar tu, Guy bgtau dia nak keluar g surau sekejap nak solat. So tinggal la Daisy keseorangan melayan contraction yang agak kuat waktu tu. Dalam melayan contraction tu tiba-tiba Daisy dengar ada orang bagi salam...macam kenal suara tu...YA ALLAH...my mother datang😭😭. My mother kebetulan nampak Guy keluar nak g surau tu, so my mother ambil alih pas melawat then masuk labour room....Dalam hati mmg terharu, nak nangis kat mother...sakit.

.
.
.
dalam pukul 6ptg macam tu my mother kata kene balik sbb waktu melawat dah habis lama dah...then nak bagi Guy pulak masuk. Sambung balik layan contraction sampai la betul-betul azan Maghrib habis, doktor dah suruh push. Tak lama keluar la baby boy kesayangan kami. Bayi nampak ok semua, kemudian dibawa pergi utk dibersihkan.
.
.
.
Kehadiran seorang pakar kanak-kanak...
.
.
doktor pakar datang...minta bertenang sbb nak bgtau sesuatu. 
.
.
.
bayi kami ada masalah...
.
.
.
down sindrom plus jantung berlubang...
.
.
.
Guy and i.....kaku, speechless, hilang semua senyuman kami tadi, yang bergerak hanya air mata laju mengalir😭😭😭serius ke sakit anak saya, doktor??
.
.
doktor suruh tgk baby esok, sbb doktor nak further checkup baby...naik wad, Daisy trus wasap my mother...of coz i cried the whole night.
.
.
bila dapat tgk baby boy, Ya Allah, comelnya..dalam hati pedih sbb tau dia sakit sekarang. Ya, dia tidak stabil, dalam masa 22 hari lepas lahir, 2 3 kali jugak dapat panggilan kecemasan dari hospital minta datang segera....sbb BABY NAZAK😭 my mother cakap, Daisy kene ready, Daisy kene redha... Jika itu yang terbaik untuk dia, maka lepaskan dia dengan redha😭.
.
.
.
until one day, Daisy dengan Guy macam biasa g melawat dia dekat hospital. Kami baru je turun dari NICU sbb nak lunch, dapat call dari nicu, Puan...naik sekarang cepat ya.... Segala nasi, air yang baru bayar tadi ditinggalkan...naik je atas...ALLAHU anak mama....
.
.
.
saya nak dukung anak saya boleh doktor...perlahan-lahan Dasiy rasa dia pergi tinggalkan kami....dalam 22 hari, itu kali pertama Daisy dapat dukung dia, dan itu jugalah kali yang terakhir. Daisy usap rambut, kepala, telinga, badan, tangan, perut, pusat, kaki.... ALLAH.....comelnya anak mama...nnt kita jumpa lagi di syurga...ayah mama redha...redha..😭
.
.
.
.
After kebumikan...Daisy sambung pantang rumah mother..mmg kesunyian bila Guy pergi kerja.. Daisy mula jadi diam, xcakap banyak, suka menyendiri, xnak tempat crowded especially family gathering... Trauma kehilangan?...sampai sekarang pun ada.

Alhamdulillah, sokongan dari Guy, family dan kawang-kawan...Daisy boleh bangkit semula.  Allah uji sebab Allah sayang...






deeya_is_me**

MashaAllah...im so happy!

😁😁deeya_is_me**

Assalamualaikum semua.. ya Allah....sekarang tahun 2021 ye tuan2 puan2... see betapa lamanya x masuk dalam web ni. btw Daisy baru jumpa balik blog ni....rasa macam baru balik bangun dari tido yang panjang. 

And i found that my last posting about me getting engaged....with Guy...😝😝

..

..

..


Alhamdulillah.....im with him now...for 5 years and still counting...







with THREE KIDS.....




MashaAllah, tq to Allah permudahkan semua urusan. 


Tuesday, October 29, 2013

my Engagement day

Finally about Guy.. Daisy baru kenal dengan Guy awal tahun ni...actually ada orang yang perkenalkan kami berdua. Setelah kenal agak beberapa bulan, Daisy rasa Guy adalah orang yang Daisy tunggu-tunggu selama ini. Dia sangat memahami Daisy. Dan yang paling Daisy suke tentang Guy, Guy ni ada kualiti macam ayah Daisy. Jadi Daisy rasa sangat selesa. Bulan April aritu Guy ada datang rumah jumpa ma n ayah. My parents mmg berkenan dengan Guy. So, raya aritu Daisy pun melawat ibu bapa Guy pulak...and then dipendekkan cerita...kami bercadang untuk bertunang..

Tarikh yang dipilih ialah 26 Oktober 2013.....




.
.
.
.
.






Sekarang Daisy selamat menjadi tunangan kepada Guy.

Daisy rasa sangat bahagia dengan adanya Guy.

Semoga ikatan ini berkekalan hendaknya...



deeya_is_me**

Tuesday, October 1, 2013

Dugaan~~~~

Assalamualaikum....actually today daisy nak cerite pasal Guy...if you read my previous entry, u
knew what i was talking about...^,~






Tapi daisy terpaksa hold dulu sbb daisy rasa penting nak cerita apa yang jadi pada daisy semalam. Pagi smlm daisy g skola awal dalam pukul 7 sbb ada penyampaian hadiah di perhimpunan. Tengah bersiap tu baru daisy perasan purse daisy xde.....cari punya cari masih x jumpa...try tgk kat kereta pun still xde... so daisy dah rasa gelabah masa tu..

After perhimpunan daisy trus gerak ke tempat taklimat pmr dengan sorang member... hati mmg tak tenang memikirkan purse yang entah ke mana.. balik singgah rumah kejap cari lagi sekali....masih xjumpa... petang tu daisy pergi sekolah..tapi macam jasad je ade...fikiran ntah melayang ke mana cuba nak ingat pasal purse tu...

So, pagi tadi pergila JPN buat ic baru, pergi JPJ buat lesen baru.... Daisy taknak tangguh lagi sbb daisy fikir nnt time pmr kene amik paper dari bilik kebal, jadi pape ic xde, lesen xde...takke naya!!! haha....So after pergi JPN n JPJ nak balik ke kereta baru daisy ternampak something....my PURSE!

Macam tak percaya tapi itu la kenyataannya...padahal semalam bukan main lagi cari purse dalam kete x jumpa....disebabkan dah ade ic lama, daisy trus g bank nak buat kad atm baru... dah ader dua set skrang... mcm tak pecaya....sampai skrang masih x percaya...

So, daisy nasihatkan pada semua readers, tolong jangan cuai dalam melakukan pekerjaan. Kadang2 mmg kita beringat, tapi itula baik mencegah dari berlaku sesuatu yang tak diingini kan...tapi daisy nak amik hikmah dari peristiwa ni, daisy belajar berdikari...yelah, pergi setelkan ic, lesen, bank kad...and sbenarnye daisy belajar banyak dari blog orang lain ttg perkara yang perlu dilakukan apabila purse hilang....thanks...

A big thanks to Guy yg selalu ada membantu daisy di saat kesusahan.. Dia banyak bagi semangat kat daisy dan itu membuatkan daisy bertambah sayang pada dia. Jauh di mata tai dekat di hati... =)


deeya_is_me**

Tips nak bagi anak-anak tak boring semasa pkp =)

Assalam semua. So pkp 3.0 ni Guy hantar kereta wira dia ke bengkel. Ade lagi satu kereta weoll memang park luar pagar rumah. Kenapa????  Seb...