Assalam semua. So pkp 3.0 ni Guy hantar kereta wira dia ke bengkel. Ade lagi satu kereta weoll memang park luar pagar rumah. Kenapa????
Sebab nak gunakan space yang ada semaksimum yang mungkin untuk elakkan anak-anak keboringan sepanjang pkp ni.
So ini adalah projek anak-anak bila diorang dah boring sangat terperap dalam rumah, maka diorang pakai kasut buat aktiviti kat kawasan porch tu. Elok jugak ayah dia awal-awal masuk rumah ni memang pasang kipas kat luar. Selesa sangat.
Okey, summary...
1. Parking kereta kat luar.
2. Bersihkan lantai.
3. Boleh guna porch ikut suka hati masing-masing....
Anak-anakku dan bawak keluar semua basikal, kereta mini....tinggal pool je lagi xbuka...sebab mama dia maybe malas lagi nak urus basah-basah ni...one day ye anak-anak...tungguuuuu!!!